Robert (tengah) bersama AJK Penganjur bergambar kenangan bersama peserta program itu.
KENINGAU: Jenayah siber merupakan ancaman tidak boleh di pandang remeh oleh masyarakat.
Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik, berkata, ini terbukti banyak lapisan masyarakat pelbagai umur dan pangkat mudah terpedaya dengan teknik penipuan ‘SCAMMER’ dan sebagai yang mengakibatkan kerugian wang serta harta benda yang banyak malah boleh meragut nyawa.
Katanya, banyak kerugian yg dialami oleh individu-individu yang terperdaya dengan jenayah siber ini menerusi talian.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian kepada pemberita media selepas merasmikan smart village bengkel keselamatan siber bagi kawasan Dewan Undangan Negeri DUN Bingkor anjuran jabatan komunikasi keselamatan J-KOM di Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor baru-baru ini.
Mengenai program ini, Robert berkata, ia amat bersesuaian diadakan di kawasan luar bandar kerana dapat memberi pendedahan berkesan tentang teknik penipuan dan ancaman siber.
Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Zamri Yusof, berkata, program sehari ini adalah pertama diadakan di sabah iaitu di Keningau melibatkan lebih 200 pemimpin masyarakat dan orang awam.
Katanya, sebelum ini ia diadakan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan akan datang diadakan di Gua Musang, Kelantan, Muar Johor dan Miri Sarawak.
“Antara tujuan utama program ini adalah bagi memberi pelbagai pengetahuan teknik para jenayah siber ini bagaimana melakukan penipuan untuk mengaut keuntungan. Diharapkan melalui program turun padang ini dapat memberi kesedaran tinggi seluruh lapisan masyarakat tentang kegiatan jenayah siber agar tidak lagi mudah tertipu pada masa akan datang” jelasnya.



