26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JAMES RATIB: Perancangan pembangunan wajar diuruskan secara sistematik

James menerima cenderakenangan daripada Kamariah Ismail, Pegawai Esekutif MDB.

KOTA KINABALU: Perancangan pembangunan wajar diuruskan secara sistematik bagi melancarkan agenda ‘Sabah Maju Jaya’ disetiap daerah serta mengurangkan karenah birokrasi antara agensi kerajaan dan rakyat.

Menjelaskan perkara itu, Datuk James Ratib yang juga Adun Sugut berkata, agensi kerajaan seperti Majlis Daerah Beluran (MDB) perlu memainkan peranan lebih berkesan khasnya dalam menyelesaikan isu-isu tertangguh dikawasan perkadaran mereka.

Katanya, projek-projek pembangunan yang telah dirancang perlu disiapkan mengikut jadual dan para pegawai agensi itu disarankan lebih kerap turun padang memantau perkembangan projek yang sedang dijalankan.

“Perlaksanaan tugas yang efisyen dikalangan Pegawai dan Kakitangan Majlis Daerah Beluran amat penting bagi mempastikan semua agenda pembangunan yang telah dan akan dibangunkan oleh agensi ini benar-benar terlaksana dengan sempurna. Saya yakin, kepimpinan Pegawai Esekutif MDB mampu mengendalikan pentadbiran yang berkesan untuk kemajuan daerah Beluran”. Jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perjumpaan bersama Pegawai dan Ahli Majlis Daerah Beluran di Kompleks Pertanian Dan Perikanan Negeri Sabah disini pada Isnin.

James yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah menjelaskan, sebagi seorang pemimpin masyarakat, beliau akan terus memberikan kerjasama padu kepada pihak MDB agar pentadbiran wakil rakyat seiring dengan agensi kerajaan itu.

Tegasnya, Ahli-Ahli Majlis Daerah yang telah dilantik perlu menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan buah fikiran bernas kepada MDB dan wajar mempamerkan corak kerja yang profesional untuk kemajuan kawasan.

“Anda telah diberikan kepercayaan oleh kerajaan untuk membantu agensi ini memajukan daerah dan rakyat. Maka tunjukkanlah komitmen jitu agar segala perancangan pembangunan berjalan lebih lancar”. Katanya.

Turut hadir dalam perjumpaan itu adalah Kamariah Ismail, Pegawai Esekutif Majlis Daerah Beluran bersama 14 orang Ahli Majlis Daerah Beluran yang baru dilantik bagi sesi 2021-2023.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN