31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

James Ratib memulakan tugas rasmi sebagai Menteri KPMKR

James ketika mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas rasmi Menteri KPMKR diiringi Setiausaha Tetap Kementerian dan Pengarah Jabatan Kebajikan Am .

KOTA KINABALU: Bekas Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan, Datuk James Ratib, hari ini memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat,(KPMKR) yang baharu.

Beliau tiba di Kementerian itu di Wisma Tun Fuad Stphen, petang tadi, disambut Setiausaha Tetap KPMKR, Datuk Sr. Lee Chun Khiong, diiringi Pengarah Jabatan Kebajikan Am, Jais Asri.

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat sebelum ini disandang Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III yang baharu selain turut memegang portfolio Menteri Kerja Raya.

James (kiri) semasa mengangkat sumpah sebagai menteri Kabinet di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

James yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.48 Sugut, telah mengangkat sumpah sebagai menteri Kabinet, di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Selain James, turut dilantik menganggotai Kabinet di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri ialah Datuk Christina Liew (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) dan Phoong Jin Zhe (Menteri Pembangunan Perindustrian).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN