31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

James: Pihak berwajib perlu memantau sepenuhnya kenaikan harga simen

SUGUT: Pihak berwajib perlu memantau sepenuhnya kenaikan harga simen yang didakwa penduduk pedalaman tidak selari dengan harga pasaran mengikut kawasan seperti Pekan, Bandar dan Luar Bandar.

Menjelaskan perkara itu, Adun Sugut, Datuk James Ratib berkata, ketika ini terdapat pelbagai rungutan rakyat diluar bandar yang mengeluh dengan kadar semasa harga pasaran simen yang terlalu tinggi.

Katanya, harga pasaran bahan binaan itu tidak selari dengan satu-satu lokasi dimana kadar harga jualan di Pekan dan Bandar agar murah berbanding di kawasan pedalaman.

“Bayangkan sahaja harga sekampit simen di kawasan Daerah Kecil Paitan mencecah RM 25.00. Sudah tentu membebankan pengguna”. Jelasnya.

James yang juga Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan Negeri Sabah berkata, seharusnya keputusan menaikkan harga simen disusuli dengan pemantauan ketat daripada agensi penguatkuasa kawalan harga.

Tegasnya, mengambil kira keperitan pendapatan rakyat diluar bandar, kadar harga jualan simen menyebabkan ramai penduduk terbeban dan ada yang terpaksa menangguhkan hasrat pembinaan rumah dan bangunan tertentu buat masa ini.

James turut menyarankan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) segera turun padang bagi menjalankan tugas pemantauan dan penguatkuasaan agar dapat mengusulkan cadangan penyelesaian terbaik berhubung isu tersebut.

“Penguatkuasa KPDNHEP perlu segera turun padang dan menilai sendiri kos harga pasaran bahan tersebut di kawasan pedalaman. Memang ada jurang perbezaan harga yang ketara”. Tegasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tahun lepas, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perundustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menjelaskan beberapa perkara mengenai kenaikan harga simen di negeri ini.

Antara punca yang dijelaskan termasuklah kenaikan bahan mentah utama iaitu klinker dimana pada tahun 2021 meningkat sehingga 40.2% sementara harga simen pukal turut meningkat dari RM206.00 setan kepada RM294.00 setan iaitu kenaikan sebanyak 43.0% dalam tempoh sama.

Joachim turut menjelaskan, harga jualan simen oleh Cement Industries Sabah Sdn Bhd (CIS) tidak pernah dinaikkan sejak 2009, maka CIS secara berterusan menyerap kos pengeluaran yang tinggi.

Sehubungan itu, katanya, CIS telah menaikkan harga jualan simen sebanyak 12% ke 15% iaitu sebanyak RM45.00 setan atau RM2.25 per 50kg bag simen berkuatkuasa 19 November 2021.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN