33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JAMES MAHU JABATAN AIR SELESAIKAN SEGERA MASALAH LOJI AIR BOTITION

JAMES …Ketika membuat lawatan mengejut ke Loji Rawatan Air Botition

PAITAN: Jabatan Air di sini digesa agar mengambil tindakan pantas dan proaktif dalam memastikan masalah bekalan air bersih di kalangan penduduk dapat diatasi dengan kadar segera.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah, Datuk James Ratib berkata beberapa isu kunci telah diperolehi berkenaan masalah tersebut dan Tindakan drastik perlu diambil oleh pihak yang terbabit.

Saya selaku Menteri yang bertanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat di negeri Sabah telah membuat lawatan mengejut ke Loji Rawatan Air Botition Nangoh di Daerah Kecil Paitan ekoran rungutan penduduk berkaitan masalah air di sini.

“Kita mahu mencari punca mengapa bekalan air paip di sini seringkali terputus, di mana dalam tempoh satu bulan, tidak sampai 20 hari penduduk mendapat bekalan air bersih.Hari ini kita melawat di loji Jabatan Air Botition Nangoh dan semua perkara-perkara yang timbul telah terjawab.

“Salah satu masalah di sini ialah kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Air lambat mengganti pam yang rosak, di mana terdapat empat pam air namun tiga daripadanya telah rosak dan yang berfungsi hanya tinggal satu pam sahaja,” katanya.

James yang juga merupakan Adun Sugut berkata, sudah hampir setahun diminta oleh penguasa loji di sini kepada kontraktor namum tidak diendahkan oleh kontraktor berkenaan ataupun Jabatan Air.

Sekiranya pam yang satu itu rosak lagi, katanya, maka kawasan ini yang mempunyai lebih kurang 10,000 pengguna di 15 buah kampung, langsung tidak akan dapat menerima sebarang bekalan air bersih.

Satu lagi hal, katanya, ialah berkenaan dengan dua set generator yang ada di sini namun yang berfungsi hanya satu sahaja, dan jika kedua-duanya rosak, bagaimanakah loji ini dapat berfungsi.

Hal yang ketiga, tambah beliau, setiap kali berlaku air banjir, maka sampah sarap akan masuk ke dalam muka sauk dan pekerja loji di sini terpaksa meminta bantuan penduduk kampung untuk membersihkan muka sauk yang tersumbat.

“Justeru, saya minta kepada Jabatan Air supaya melantik satu kontraktor khas untuk membersihkan muka sauk dan juga pam-pam di sekeliling kawasan ini supaya kawasan ini bersih dan tiada lagi masalah seumpama itu timbul,” kata beliau.

James yang juga merupakan Exco Kesihatna Negeri Sabah berkata, masalah yang membelenggu pengguna seluruh Sabah juga terjawab iaitu apabila musim hujan atau banjir, bekalan air akan terputus.

“Apabila musim banjir, kekeruhan air melebihi paras 1,500 NTU, dan bila berlaku begini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak membenarkan untuk merawat air berkenaan kerana takut akan membinasakan manusia jika diminum.

“Justeru kita minta KKM supaya mencari satu mekanisma untuk bagaimana air yang melebihi 1,500 NTU boleh dirawat oleh Jabatan Air, di samping turun padang bagi meninjau loji-loji air di seluruh negeri,” tegas beliau.

Dalam pada itu, James juga menggesa semua kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Air supaya prihatin dan mengambil tindakan cepat untuk memenuhi apa yang diminta oleh para penguasa loji air.

Beliau berkata demikian kepada media semasa lawatan mengejut beliau ke Loji Rawatan Air Botition di Daerah Kecil Paitan pada hari Khamis.

“Satu lagi hal yang dilihat dalam lawatan ini ialah loji di sini sudah hampir runtuh menyembah bumi, justeru Jabatan Air perlu kerap turun padang memantau semua situasi ini.

“Inilah mengapa kita mendengar keluhan rakyat yang menyalahkan Ketua Menteri dan kerajaan yang ada pada hari ini, walhal ia disebabkan oleh kecuaian di peringkat bawah atau jabatan.

“Seolah-olah Menteri tidak prihatin kepada rakyat sedangkan Menteri cukup prihatin kepada rakyat. Namun jika Menteri sahaja yang bekerja tapi bawahan tidak bekerja, kontraktor tidak bertanggungjawab, inilah yang menjadi masalah besar.

“Kita menggesa jabatan air untuk menyelesaikan masalah ini dan terpulang kepada Jabatan Air siapa kontraktor yang mahu dilantik, tetapi kontraktor itu mesti berkaliber dan membuat tindakan pantas,” katanya.

Sementara itu, James berkata beliau akan membekalkan para pengguna air dengan tangki-tangki air sebagai tindakan untuk menyelesaikan masalah air di sini sementara menunggu Jabatan Air menyelesaikan masalah yang timbul.

“Kita minta agar kerajaan supaya perbanyakkan tangki-tangki biru di seluruh kawasan luar bandar demi meringankan sedikit masalah bekalan air bersih di kalangan penduduk.

“Kita minta kepada pihak ICU, pihak Federal supaya membekalkan lebih banyak tangka-tangki yang besar untuk rakyat di Kawasan-kawasan luar bandar,” katanya.

Dalam hal berkaitan, James turut meminta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) supaya dapat memasang lampu-lampu di kawasan loji supaya apabila berlaku banjir atau apa-apa kerosakan, para pekerja di sini senang menjalankan kerja mereka.

“Kita meminta agar SESB mengambil Tindakan cepat dan gunakanlah peruntukan bencana mereka untuk menyalurkan bekalan eletrik ke Kawasan ini, supaya rakyat tidak asyik menyalahkan Menteri.

Di samping itu, Jabatan Air di Botition Nangoh juga di minta untuk memasang papan tanda di tepi jalan menuju ke tempat berkenaan yang terletak jauh Kawasan hutan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN