31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jambatan Konkrit Sungai Pamalan di Kilometer 1.1 Jalan Bingkor Bypass Keningau dijangka boleh dilalui kenderaan pada 26 April

Robert semasa meninjau progres pembinaan jambatan tersebut.

KENINGAU:Jambatan Konkrit Sungai Pamalan di Kilometer 1.1 Jalan Bingkor Bypass Keningau dijangka boleh dilalui kenderaan pada 26 April ini bersamaan hari Selasa minggu depan.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menyampaikan berita gembira kepada pengguna selepas meninjau progres pembinaan Jambatan konkrit itu hari ini.

“Sekiranya tidak ada halangan,  jambatan ini akan dibuka bermula sekitar jam 4.00  petang pada tarikh tersebut” katanya.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor memberitahu, jambatan ini mula dibina pada bulan Julai tahun lalu bagi menggantikan jambatan lama yang telah usang dan berbahaya.

Katanya, dengan adanya jambatan ini akan dapat memberi keselesaan kepada pengguna selain dapat menampung pengguna yang semakin ramai.

 “Jambatan ini juga boleh dilalui secara dua hala berbanding jambatan yang ada sebelum ini” sebelum ini tambahnya.

Padaasa sama beliau  berterima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas usaha dan kerjasama yang diberikan sehingga jambatan ini siap.

Robert juga melahirkan rasa terima kasih kepada pengguna dan juga  masyarakat  atas kesabaran  menunggu sehingga jambatan ini hingga siap.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN