25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JAMAWI SOKONG LANGKAH KERAJAAN NEGERI TIDAK LAKSANA (PKPB)

SERAH..Jamawi menyerahkan sumbangan kewangan untuk keperluan makan dan minum petugas barisan hadapan yang diterima oleh Pegawai Daerah Tenom Sungkim Rumangun

TENOM: Keputusan Kerajaan Negeri untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan pada 1 Mei 2020 dan mengekalkan pelaksanaan PKP Tahap 4 yang akan berakhir pada 12 Mei adalah langkah yang tepat dan bijak

Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata langkah ini wajar demi menjamin keselamatan dari aspek kesihatan rakyat di negeri ini, agar terpelihara dari sebarang ancaman penularan wabak Covid-19.

” Keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd.Sahfie Apdal tepat memandangkan perkembangan semasa wabak Covid-19 di negeri ini masih tidak menantu dimana daerah daerah yang dilanda wabak ini belum sepenuhnya berada dalam status hijau  justeru langkah tidak melaksanakan PKPB sesuai untuk memastikan rakyat tidak terdedah dengan jangkitan Virus Covid -19 ” katanya ketika ditemui selepas mengagih agihkan sumbangan bakul makanan kepada ahli ahli Usia Bahagian Tenom dan juga untuk petugas barisan hadapan daerah Tenom di sini kemarin.

RINGANKAN BEBAN ..Jamawi menyampaikan bantuan makanan kepada Ketua Usia Bahagian Tenom Piduman Haji Abdul Majid untuk diagih-agihkan kepada ahli ahli Usia Bahagian Tenom.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan walaupun matlamat  PKPB dilaksanakan untuk menjana ekonomi rakyat terutamanya dalam sektor perniagaan namun ianya tidak bermakna jika kesihatan rakyat terjejas dan gejala wabak Covid -19 gagal ditangani .

“Kita kena pastikan semua daerah di negeri Sabah diletakkan dalam kategori zon hijau terlebih dahulu sebelum sektor ekonomi dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan ” katanya.

Tambah Jamawi mengambil contoh beberapa negara seperti Jepun yang menamatkan lebih awal tempoh PKP mereka akhirnya negara tersebut dilanda gelombang kedua wabak Covid-19.

Menurut Jamawi rakyat perlu mematuhi serta  menghormati keputusan kerajaan negeri yang tidak melaksanakan PKPB dari sudut positifnya tanpa prajudis untuk melihat tindakan tersebut bertentangan dengan keputusan kerajaan pusat dimana selain Sabah negeri negeri lain juga mengambil langkah yang sama.

“Walaupun Sabah sejak beberapa hari ini tidak ada kes baharu dan kita suda berada dalam zon hijau, adalah masih terlalu awal kita membenarkan beberapa sektor seperti Restoran beroperasi yang  sepatutnya paling kurang dua minggu selepas tiada kes atau  PKP 4 berakhir, barulah kita laksanakan PKPB,” katanya.

Tambah Jamawi memang agak sukar membuat keputusan dalam waktu yang sukar kerana banyak faktor perlu dipertimbangkan bagaimana pun kesihatan rakyat dan penularan pamadek Covid-19 perlu dibendung dan diberikan keutamaan.

” Kita lihat sebaik sahaja  PKPB dilaksanakan  kemarin di beberapa tempat yang viral di media sosial di Kuala Lumpur kehadiran orang ramai tidak terkawal sehingga jarak penjarakan sosial pun tidak diutamakan yang boleh membawa kepada penularan wabak dan  kluster baru  Covid-19″ katanya.

Menurut Jamawi masyarakat perlu  terus mengamalkan kebiasaan baharu termasuk penjarakan sosial supaya penularan wabak COVID-19 dapat dibendung dan dihentikan. Tamat/-

Gambar:

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN