ADVERTISEMENTspot_img

Jamawi Gesa Petani, Nelayan Bersiap Hadapi El Nino Hingga Julai

Jamawi (tengah) bersama isteri menyantuni dan menyambut kehadiran orang ramai ke Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri.

TENOM: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar menggesa semua pihak khususnya golongan petani, penternak dan nelayan agar meningkatkan kesiapsiagaan berikutan fenomena El NiƱo yang dijangka berpanjangan hingga Julai ini.

Beliau berkata, laporan daripada Jabatan Meteorologi Sabah menunjukkan cuaca panas dan kering akibat fenomena itu berpotensi memberi kesan besar kepada sektor pertanian dan industri makanan di negeri ini.

ā€œDalam keadaan cuaca panas ini, saya menyeru masyarakat pertanian, penternak, nelayan dan juga pemain industri makanan supaya lebih berhati-hati.

ā€œElakkan pembakaran terbuka dan jangan membuka kawasan baharu buat masa ini kerana risiko kebakaran dan kemerosotan hasil adalah tinggi,ā€ katanya ketika ditemui media pada sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh beliau yang juga ADUN Melalap bersama isterinya di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom di sini kelmarin.

Jamawi memberi jaminan bahawa kementeriannya sentiasa bersedia membantu golongan terjejas sepanjang tempoh El NiƱo.

Katanya, petani dan pengusaha industri makanan yang berdepan masalah boleh berhubung terus dengan pegawai pertanian di peringkat daerah untuk mendapatkan bantuan dan nasihat.

ā€œSekiranya perlu dibawa ke peringkat kementerian, saya sendiri bersedia melihat keperluan mereka supaya kebajikan dan kelangsungan hidup keluarga terus terjamin,ā€ katanya.

Mengulas lanjut, Jamawi berkata, fenomena cuaca itu juga dijangka memberi kesan kepada bekalan baja, sekali gus meningkatkan kos pengeluaran.

Beliau berkata, sebahagian besar bekalan baja negara bergantung kepada import, termasuk dari China dan negara-negara yang terlibat dalam konflik global.

ā€œApabila eksport bahan asas baja seperti urea dikurangkan, ia akan menyebabkan kenaikan harga di pasaran tempatan,ā€ katanya.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan petani beralih kepada penggunaan baja organik sebagai alternatif bagi mengurangkan kos.

Katanya, Jabatan Pertanian Sabah telah melaksanakan pelbagai program latihan bagi membantu petani menghasilkan baja sendiri daripada sisa tumbuhan dan makanan.

ā€œSaya akan terus turun padang dan memberi pendidikan kepada petani termasuk melalui program khas bersama usahawan pada 12 April di Karambunai.

ā€œIni penting supaya hasil tanaman kekal baik walaupun berdepan cabaran cuaca ekstrem,ā€ katanya. -MA

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN