32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jalankan tugas dengan penuh integriti: Jonathan

HADIR…Sebahagian Ketua, wakil ketua PDM  dan para pemerhati dari parti GRS Parlimen Ranau.

RANAU: Semua ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) P.179 Ranau, disaran supaya mengamalkan budaya berintegriti, jujur dan ikhlas dalam menjalankam tugas serta tanggungjawab mereka.

Mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap mantan Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, keikhlasan dan kejujuran menjalankan tugas amat penting kerana ia juga mencerminkan kualiti kepimpinan seseorang yang boleh menarik hati kepada orang lain terutama para pengundi parti yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

“Dengan sebab itu, kejujuran dan keikhlasan kita dalam menjalankan tanggungkjawab yang diamanakan kepada ketua bertugas di kawasan PDM adalah amat penting dan boleh membantu menentukan kemenangan dalam PRU”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap pada Taklimat Pilihan Raya yang dihadiri  105 Ketua dan Timbalan Ketua dari 52 PDM  P.179 Ranau di Dewan Serbaguna Perpustakaan Ranau baru-baru ini.

Datuk Jonathan menyeru para petugas  PDM Parlimen Ranau agar mempastikan kawasan masing-masing lebih berpihak  menyokong kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRU15, untuk mengekalkan serta mewujudkan pentatbiran terbaik di peringkat kerajaan negeri dan peringkat pusat.

“Kita hendaklah bertanggungjawab serta bersabar terhadap tugas yang diamanahkan kepada kita meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran”, tambah Jonathan.

Berucap sama ialah, Pengerusi  jentera Pilihan Raya Parlimen P.179 Ranau, Datuk Michael M. Yahya dan dihadiri para perwakilan daripada parti GRS Parlimen Ranau.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN