26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 22, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jalan Tampaluri -Kiulu terputus

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

TAMPARULI: Hujan yang turun sejak petang Selasa menyebabkan sebuah lagi jalan raya terputus akibat tanah mendap.

Laluan sepanjang 28 meter di Jalan Tampaluri-Kiulu terputus dalam kejadian lebih kurang 3.30 pagi tadi.

Terputus akibat tanah mendap

Kejadian itu disahkan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Datuk Ir.Richard Jomiji dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kejadian tanah mendap itu menyebabkan laluan tersebut tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Datuk Ir.Richard Jomiji

“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif di Jalan Kiulu-Lawa Mondou, Jalan Kiulu Logkou Lama mahupun Jalan Bungalio Logkou Timbok.

“JKR akan membina laluan bypass sementara dengan kadar segera sementara menunggu pembaikan semula jambatan asal itu siap.,” katanya.

8 Disember lalu, laluan di KM11.3 Jalan Ranau-Kundasang dekat Kg.Pinausok turut terputus akibat runtuhan tanah dalam skala yang besar di kawasan berkenaan.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN