Robert (dua dari kanan)bersama rombongan semasa melawat jalan yang mendap.
KENINGAU:Sebaik sahaja menerima aduan para pengguna awal pagi tadi tentang jalan raya Keningau – Apin-Apin yang mendap di kilometer 14 Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin telah bergegas untuk meninjau di tempat kejadian.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, akibat mendapan itu Jambatan Liau Laut runtuh berikutan hujan yang berterusan semalam.
Katanya, laluan ini merupakan laluan utama jalan Keningau – Tambunan dan kini tidak dapat dilalui berikutan berlakunya mendapan ini.

Mendap…benginilah keadaan jalan Keningau – Apin-Apin di KM 15 yang mendap.
“Oleh itu tindakan susulan akan dilakukan dan diusahakan secepat mungkin dengan membina laluan sementara” katanya selepas meninjau kejadian itu.
Walau bagaimanapun katanya, sebelum laluan sementara dibuat, para pengguna jalan yang melalui jalan ini, dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif iaitu melalui jalan Ranggom Kepayan – Magatang – Keningau.
Robert diiringi oleh Jurutera Bahagian JKR Zulkefli Bin Salip Arjud dan Penolong Jurutera Jabatan Air Dennis Ugau.
Turut melawar di tempat kejadian pihak PDRM dan Syarikat konsisi Lintasan Resource, Staf UPPM dan JPKK kampung berdekatan.