Dekan FPSK, Profesor Madya Dr Fairrul (empat kiri), Talib (tiga kanan) dan Nur Iman (empat kanan) bersama pegawai kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang menyertai aktiviti team building di Dewan Theatrette, Bangunan Menara UMSKAL pada Sabtu lalu.
LABUAN: Wilayah Persekutuan Labuan dan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah dipilih sebagai lokasi bagi pelaksanaan Program Retreat Pelan Strategik FPSK Tahun 2026.
Retreat tiga hari yang berlangsung baru baru ini melibatkan Pegawai Pengurusan Utama serta Ketua-Ketua Jabatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai Dekan FPSK, Profesor Madya Dr Fairrul Masnah @ Kadir.
Dr Fairrul berkata program itu bertujuan untuk merancang dan menetapkan hala tuju strategik FPSK yang selari dengan Pelan Strategik UMS serta aspirasi Lensa UMS – UMS The Brain of Borneo dalam memperkukuhkan kecemerlangan fakulti secara holistik dan mampan.
Selain sesi perancangan strategik, program turut diselitkan dengan aktiviti team building yang dikendalikan oleh pasukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMSKAL yang diketuai Timbalan Ketua Pegawai Psikologi, Nur Iman Reedzal bagi memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, kerjasama serta bonding dalam kalangan peserta retreat.
Dr Fairrul berharap retreat ini menjadi platform terbaik dalam memperkasa kepimpinan, memperkukuh tadbir urus dan melonjakkan FPSK ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.
Pada masa sama, dapat mengeratkan hubungan antara pengurusan dan Ketua-Ketua Jabatan FPSK.
Beliau tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Pengarah UMSKAL, Professor Dr. Shamsul Bahari Shamsudin yang membenarkan FPSK mengadakan program berkenaan di UMSKAL.
“Terima kasih kepada pasukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMSKAL yang mengendalikan team building di Dewan Theatrette, Bangunan Menara UMSKAL,”katanya.
Turut menghadiri retreat berkenaan ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Dr Mohammad Firdaus Bolong @ Mohd Darwis, Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan), Profesor Madya Dr Caroline Sunggip, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Masyarakat), Dr Mexmollen Marcus dan Ketua Pentadbiran, Talib Abdullah Shani.



