25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jalan masuk ke Kg.Pangaraan harap dapat dinaiktaraf dalam Belanjawan 2023.

Ghani (topi merah) bersama rombongan mengabadikan gambar kenangan bersama pemimpin-pemimpin setempat dan masyarakat yang hadir pada majlis itu.

NABAWAN: Jalan masuk ke Kampung Pangaraan di Mukim Tatalan diharapkan dapat dinaiktaraf melalui peruntukan belanjawan 2023.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamad Yassin, berkata, walaupun bekas jalan syarikat pembalakan nanum ia adalah satu-satunya perhubungan utama penduduk untuk mengeluarkan hasil pertanian dan mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Hospital Keningau mahu Klinik Kesihatan Nabawan.

Selain itu juga katanya, dengan adanya perhubungan yang baik memudahkan agensi kerajaan memberikan perkhidmatan kepada penduduk di kampung tersebut berbanding ketika ini hanya kenderaan pacuan roda sahaja boleh melalui jalan berkenaan kerana jalan yang becak dan licin.

“Kita mengharapkan agar kerajaan negeri mengambilalih jalan dan diberi peruntukan yang sewajarnya” kepada pemberita pada majlis amanat 2023 Pemimpin Setempat Kawasan Tatalan bersama ADUN Nabawan di Balai Budaya Kampung Pangaraan pada Isnin.

Pada masa sama, beliau berharap kerajaan negeri dapat menyelesaikan isu berkaitan beberapa perkampungan dalam hutan simpan iaitu dalam kawasan Parlimen Pensiangan seperti di kampung Pangaraan dan Pohon Batu.

Jelasnya, ini amat menyukarkan penduduk untuk mengusahakan pelbagai aktiviti pertanian dalam meningkatkan sosioekonomi mereka.

Mengenai majlis ini, Datuk Ghani berkata, ia adalah program turun padang bagi mendengar keluhan permasalahan yang dihadapi penduduk kampung untuk diajukan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN