32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jalan-jalan kampung, pertanian di Dun Bingkor antara keutamaan untuk dinaiktaraf: Robert

Robert semasa meninjau jalan Kampung Liau Ulu yang bakal dinaiktaraf dengan jalan konkrit.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik berkata, beliau akan memastikan jalan-jalan kampung dan jalan pertanian di kawasannya akan dinaiktaraf bagi keselesaan penduduk.

Katanya, jalan-jalan kampung dan jalan pertanian adalah nadi utama bagi penduduk setiap kampung menjalankan aktiviti harian dan semasa mengeluarkan hasil pertanian mereka

“Tanpa jalan perhubungan yang baik sudah tentu penduduk terutama golongan petani sukar mengeluarkan hasil pertanian mereka” katanya selepas meninjau jalan gravel Kampung Liau Ulu kelmarin.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, usaha untuk menaiktaraf jalan-jalan kampung dan jalan pertanian di kawasan Bingkor adalah berterusan.

Selain meninjau jalan Liau Ulu yang dicadang untuk dinaiktaraf dengan jalan konkrit, Robert juga meninjau jalan gravel Kampung Kikiran, jalan Kampung Tigot, jalan Kampung Baginda dan jalan Kampung Sasaie.

Jalan-jalan berkenaan akan dinaiktaraf tidak lama lagi di bawah peruntukan khas ADUN.

Katanya, selain menaiktaraf jalan-jalan yang perlu dinaiktaraf, penyelanggaraan jalan-jalan sedia ada juga akan diambil perhatian.

“Saya akan usahakan sehabis baik demi keselesaan penduduk, selagi kamu susah saya akan usahakan sehingga kamu selesa” ujar Robert.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN