30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JAIPIN: TINGKATKAN PENGLIBATAN PIBG LELAKI DALAM AKTIVITI SEKOLAH

Jaipin diiring Suffian menyampaikan bantuan KWAPM kepada salah seorang ibu

RANAU: Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) disarankan agar meningkatkan kehadiran dan penglibatan di kalangan lelaki dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Menghadiri mesyuarat atau sebarang majlis berbeza dengan aktiviti gotong-royong. Aktiviti bergotong-royong biasanya melibatkan kerja berat di mana memerlukan tenaga kaum lelaki sementara majlis yang berlaku di dalam dewan atau kelas kurang memerlukan tenaga yang berat.

“Bukan sahaja di sekolah malah kita boleh lihat di mana-mana pun tempat seperti di kampung lebih-lebih lagi melibatkan mesyuarat, kehadiran di kalangan ibu-ibu lebih ramai berbanding lelaki. Sekalipun surat panggilan dikenakan pada hujung minggu atau cuti am, ibu-ibu tetap mendominasi kehadiran. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi satu trend bapa-bapa pada abad ini,” tegas Jaipin.

“Lebih menyedihkan adalah aktiviti gotong-royong yang melibatkan pembinaan atau kerja-kerja menyimen yang sepatutnya memerlukan tenaga lelaki namun yang lebih ramai hadir adalah di kalangan ibu-ibu. Saya melihat perkara ini berlaku di tempat-tempat yang pernah saya ditugaskan. Sebagai kaum lelaki kita perlu memikirkan bersama tentang perkara ini. Jika kebetulan bekerja dengan majikan, kita yakin dengan menunjukkan surat panggilan dan menjelaskan keperluan tenaga yang dimaksudkan majikan tetap akan memberikan pelepasan demi anak-anak di sekolah. Namun jika sememangnya pasangan suami itu bekerja di luar daerah atau negeri, kita akur keadaan sebegini,” ujar Jaipin.

Jaipin menyelitkan saranan sedemikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Penyampaian Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan e-KASIH di Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan Nalapak yang dihadiri 53 orang ibu bapa baru-baru ini. Seramai 92 orang murid layak menerima KWAMP manakala 6 orang penerima e-KASIH.

Turut hadir ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Muhamad Suffian Samsir.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN