Jahid (kanan) menerima cenderakenangan daripada Annuar (kiri)
KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) menerima kunjungan Sabah Energy Corporation (SEC) Sdn Bhd di Bilik Mesyuarat KPLBS, sini kelmarin.
Kunjungan tersebut diketuai Pengerusi SEC, Datuk Annuar Datuk Ayub.
Dalam kunjungan itu Annuar memperkenalkan barisan rombongan beliau yang hadir.
Semasa pertemuan berkenaan, Menterinya Datuk Jahid Jahim diberi taklimat mengenai SEC Sdn Bhd dan perkembangan terkini oleh CEO, Datuk Harun Ismail.
Sementara itu Jahid menghargai kunjungan tersebut dengan harapan kerja sama baik kedua-dua pihak akan terus dikekalkan.
Hadir bersama ialah Timbalan CEO Adzmir Abd Rahman, dan wakil dari Kerjaya Kagum JV Hitech Sdn. Bhd (Conlay Group Berhad), Michael Chin.
Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap (TSUT) KPLBS, Aftar Nurajat, TSUT (Pentadbiran) KPLBS, Maddinin Jemin, Setiausaha Rendah, Norsafu Dukah @ Noorshafih, dan Pegawai Tadbir, Jean Shat Fu Yi.