27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jahid lawat Frederick Julian yang sedang terlantar sakit

JAHID Ketika melawat Frederick di rumah kediamannya pada Sabtu.

TAMPARULI: ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’.

Kesakitan dialami seorang penduduk akibat kemalangan baru-baru ini di Kampung Molisau, turut mendapat perhatian Wakil Rakyat Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Frederick Julian, 41 tahun, yang kini terlantar akibat terjatuh dari pokok rambutan awal minggu ini, menerima lawatan Jahid pada Sabtu, di rumah kediamannya.

“Kita bersimpati kepada keluarga ini yang hilang tempat bergantung untuk mencari sumber pendapatan kerana kemalangan yang menimpa ketua keluarga ini,” katanya dalam lawatan.

Beliau turut mengarahkan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk melaporkan perkara itu kepada pihak Jabatan Kebajikan Tamparuli untuk tindakan selanjutnya.

Kejadian empat hari lalu itu turut menyebabkan tulang belakang beliau mengalami retak dan memerlukan alat penyokong tulang ‘Jewett Brace’.

Selepas dipasang alat tersebut pada Jumaat, akhirnya beliau dibenarkan pulang ke rumah.

Kos bagi membiayai pembelian alat berkenaan telah disumbangkan oleh Jahid sendiri, yang menerima khabar tersebut daripada ahli keluarga Frederick.

Dalam lawatan sama, beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan kerusi malas kepada Frederick daripada Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) N.14 Tamparuli, diwakili ketuanya, Boe Sindolun.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN