30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jahid Jahim terima kunjungan hormat syarikat Ledang Teratai Sdn Bhd

UNTUK ALBUM …. Jahid dan Hj Faimin mengabadikan gambar kenangan bersama rombongan Ledang Teratai Sdn Bhd.

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, menerima kunjungan hormat syarikat Ledang Teratai Sdn Bhd di Bilik Mesyuarat Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) hari ini.

Rombongan tersebut diketuai Presiden PT Ledang Teratai Indonesia, Mas Eko Huda Avianto dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO Ledang Teratai Sdn Bhd), Ahmad Kamal Bin Salahuddin.

Hadir sama dalam taklimat singkat berkenaan syarikat itu ialah Setiausaha Tetap KPLBS, Hj Faimin Kamin, Ketua Penolong Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Murad Abd Rashid, Pengarah Urusan Amalan Projek Sdn Bhd, Michael @ Miming Mangking, dan Ketua Penolong Setiausaha (Kemudahan Awam) KPLBS, Jean Shat Fu Yi.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Ledang Teratai Sdn Bhd, Narawi Zaini, Eksekutif Ledang Teratai Sdn Bhd, Nurmaliana Amirullah dan Lead Consultant, Ir Mozes Sondoh.

Ledang Teratai Sdn Bhd merupakan syarikat pelaburan 100 peratus milik bumiputra, yang berfokus dalam pelaburan untuk projek kerajaan, infrastruktur dan pelabuhan 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN