26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jahid Jahim sampaikan sumbangan bot, enjin sangkut

SEMOGA BERMANFAAT …. Jahid menyerahkan bot dan enjin bot sangkut kepada wakil pemimpin dari kawasan berisiko banjir.

TAMPARULI: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Adun N14 Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, menyampaikan sumbangan bot dan enjin sangkut kepada beberapa buah kampung yang sering dilanda banjir di kawasan Tamparuli.

Antara kampung yang menerimanya hari ini ialah Lontik Maralamin Sungai Damit (2 buah), dan Pekan Tenghilan.

Sebelum ini, sumbangan sama berbentuk enjin sangkut juga telah disampaikan oleh Jahid kepada beberapa buah kampung yang memerlukan, terutamanya kawasan yang berisiko tinggi banjir.

Simbolik penyerahan bot dan enjin sangkut tersebut diadakan di perkarangan bangunan UPPM, dekat sini kelmarin.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar dan beberapa pemimpin masyarakat lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN