25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jaga kebersihan Taman Bandukan: Robert Tawik

Robert bersama rombongan memerhatikan sambil memberi makanan ikan di sungai Bayayo.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin mengingatkan orang ramai yang berkunjung ke Taman Bandukan agar menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah sarap di merata rata tempat.

Katanya, keindahan dan keceriaan kawasan taman tersebut perlu pelihara agar ia sentiasa kelihatan bersih dan menarik.

Robert yang juga Pembantu Menteri berkata demikian selepas membuat tinjauan ke Sungai Bayayo di Taman ECO Bandukan hari ini.

Sungai Bayayo yang ditagal sejak tahun 2000 kini mempunyai pelbagai jenis spesis ikan yang terdapat di sungai itu seperti ikan palian, ikan sarawi dan lain lain termasuk ikan tilapia yang dibekalkan oleh Jabatan Perikanan Daerah Keningau.

Turut sama dalam lawatan itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Junior Fred, Ketua Kampung Bandukan Joe Rovok dan Pengerusi Taman ECO Bandukan  Johany Anil.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN