32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jaga Bersama Pusat Pelancongan Dan Rekreasi Awam Daripada Vandalisme: Robert.

Robert ketika menyempurnakan simbolik perasmian gelanggang bola tampar Pusat Rekreasi Taman Awam Bandukan Keningau.

KENINGAU: Pengunjung dan penduduk sekitar diingatkan untuk bersama-sama menjaga kemudahan awam di Pusat Pelancongan dan Rekreasi Awam daripada vandalisme.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik berkata, keindahan pusat-pusat pelancongan dan rekreasi awam perlu dikekalkan bagi menarik pelancong dan pengunjung ke pusat tersebut secara berterusan dan seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk disekitarnya.

Katanya, jika kemudahan-kemudahan tersebut dirosakkan ianya akan mempengaruhi kehadiran pengunjung sekaligus memberi kesan kepada ekonomi penduduk sekitar dan negeri ini umumnya.

Oleh itu katanya, penduduk sekitar dan pemimpin peringkat kampung perlu berperanan membantu menjaga pusat pelancongan dan rekreasi awam bagi mengekalkan kawasan tersebut sentiasa relevan sebagai tarikan pengunjung.

“Penduduk kampung dan pemimpin peringkat kampung diharap dapat memberi nasihat kepada semua para pengguna-pengguna yang menggunakan apa sahaja kemudahan awam yang ada dikawasan taman ini supaya jangan dirosakkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Gelanggang Bola Tampar, Tandas Awam Bandukan dan Gotong-Royong Perdana Kawasan Pusat Rekreasi Taman Awam Bandukan, di sini pada pagi tadi.

Berkenaan program berkenaan katanya, budaya bergotong-royong mampu memupuk perasaan kecintaan untuk menjaga kemudahan-kemudahan awam dan kebersihan sekitar taman rekreasi berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor berkata, beliau bersama agensi kerajaan yang terlibat akan berusaha untuk memperbanyakkan lagi kemudahan awam dan tarikan pengunjung di taman rekreasi berkenaan.

Sementara itu, beliau turut merasmikan Gerai Bunga Floristika di Dewan Arkid Keningau.

Hadir sama pada majlis ini, Penolong Pegawai Daerah Keningau, Easter Michael Sutili @ Norhafizah dan Pengerusi Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Daerah Keningau, Rafie Robert.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN