27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jadikan  perayaan sebagai landasan pupuk perpaduan, keharmonian: Jonathan

.GIMIK…Para tetamu jemputan bersama Datuk Jonathan  (tengah) memotong Kek Hari Natal sempena majlis itu.

RANAU: Rakyat negeri ini  diseru supaya menjadikan  perayaan agama sebagai landasan dan asas untuk memupuk perpaduan dan keharmonian tanpa mengira kaum, agama dan idologi politik.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, apapun perayaan agama atau kaum seperti Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Natal (Krismas), Tahun Baru Cina dan Deepavali dan Hari Gawai hendaklah di hormati dan dirayakan bersama-sama  tanpa dibezakan kaum dan budaya.

Menurutnya rakyat di Sabah khasnya menjadi contoh terbaik kerana semua perayaan dirayakan bersama-sama tanpa mengira perbezaan antara mereka.

“Inilah keunikan di negeri kita kerana semua kaum boleh duduk satu meja tanpa mengira perbezaan dikalagan mereka”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan Krismas 2022 dan Tahun Baru 2023 anjuran Pejabat Parlimen Ranau di Dewan Masyarakat Ranau pada Sabtu yang dihadiri lebih dua ribu penduduk setempat.

Menyentuh majlis itu, Datuk Jonathan memaklumkan  majlis itu sepatut didakan pada 7 Januari lepas tapi telah ditunda berikutan  bencana alam iaitu banjir dan tanah runtuh  berlaku di daerah berkenaan

“Usaha-usaha membantu termasuk membersihkan kawasan rumah kediaman penduduk yang terkesan dengan tanah runtuh dan banjir staf Khidmat Rakyat Parlimen Ranau turut turut turun padang membantu penduduk yang terkesan*, kata Datuk Jonathan.

Beliau turut memuji dan berterima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia(ATM), Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Angkatan Pertahanan  Awam (APM) Rela dan Anggota Sukarelawan yang lain kerana turut bersepadu menjalankan tugas masing-masing membantu penduduk yang terkesan dengan bencana yang berlaku.

“Peranan kita dalam usaha membantu penduduk yang terkesan adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih”, tambahnya.

Berucap sama ialah, Ketua Pegawai Pehubungan  Parlimen Ranau selaku Pengerusi  Jawatankuasa pelaksana program itu, Benedict Gunda.
Manakala  hadir sama pada majlis itu ialah, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) N.38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, Ketua Daerah Ranau, OKK Muhasip Bin Haji Roman, Ketua-Ketua Jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan serta para pemimpin masyarakat setempat.

Majlis diserikan dengan Tarian Tradisionl, Koir dan persembahan lagu daripada para Artis Tempatan.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN