25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jadikan Kinomulok Garden destinasi percutian anda di Ranau

https://instagram.com/kinomulokgardenranau?igshid=1450sfnqlvyu8

TERLETAK kira-kira 7 kilometer dari pekan Ranau, Kinomulok Garden merupakan salah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi di daerah ini.

Kinomulok Garden pastinya meninggalkan kenangan indah kepada para pengunjungnya.

Diusahakan oleh pengusaha tempatan, Kinomulok Garden menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pengunjung. Ini untuk memastikan percutian anda dan keluarga di Kinomulok Garden tidak akan sia-sia.

http://www.wasap.my/60132920241/

Selain menghirup udara segar yang turun dari puncak Gunung Kinabalu, Kinomulok Garden turut membuai anda dengan keindahan flora dan fauna di sekitarnya, kejernihan air sungai yang mengalir serta menikmati malam yang indah sambil ditemani bunyi cengkerik pastinya mendamaikan.

Sebelum memulakan aktiviti pada keesokan paginya, kicauan burung serta warna-warni pelbagai spesies bunga sudah pasti setia meyambut dan mengucapkan selamat pagi kepada anda.

Selepas menikmati sarapan pagi di Cafe yang berkonsep mesra alam, mulakan langkah anda dengan pebagai aktivti sekitar Kinomulok Garden. Kunjungi taman orkid, beriadah bersama keluarga menggunakan ATV Ride seterusnya bersuka ria di kolam mandi yang sedia terbentang untuk anda.

Bagi anda yang ingin mengadakan pelbagai majlis/acara, Kinomulok Garden menyediakan tempat yang  selesa serta kondusif untuk mengadakan majlis seperti majlis keramaian dan lain-lain.

bagi anda yang berkunjung seterusnya bermalam atau menginap di Kinomulok Garden, kami menyediakan pelbagai pakej penginapan kepada anda dan keluarga.

Kinomulok Garden pastinya mewarnai percutian anda

KLIK UNTUK TEMPAHAN http://www.wasap.my/60132920241/

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN