Wakil penduduk Kg.Tinanom, menyampaikan cenderakenagan berupa ‘Basung’ kepada Datuk Jonathan disaksikan yang lain.
RANAU: Suku kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) diseru agar menjadikan Pesta Kaamatan (Pesta selepas menuai) sebagai pemangkin untuk memperkukuhkan perpaduan dan persaudaraan sedia terjalin dikalangan mereka dengan suku kaum lain di Malaysia.
Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin berkata, meskipun suatu ketika dahulu pesta kaamatan hanya dirayakan suku kaum KDMR peringkat desa, mukim dan daerah sahaja, tetapi kini sudah dirayakan di peringkat negeri dan kebangsaan melibatkan semua kaum tanpa membezakan agama, budaya dan fahaman politik.
Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau menjelaskan, Pesta Kaamatan kini menjadi satu perayaan Keluarga Malaysia yang boleh menonjolkan semangat kekitaan (persaudaraan) menerusi kebudayaan seperti Makanan, Pakaian tradisi dan Tarian Tradisi selain usaha untuk ekonomi setaraf dengan suku kaum lain di negara ini.
“Dengan sebab itu saya mengajak rakyat Malaysia supya sama-sama merayakan pesta ini sebagai perayaan bersama ‘Keluarga Malaysia”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan majlis sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kg.Tinanom Ranau di Dewan Serbaguna kampung itu baru-baru ini yang dihadiri ratusan komuniti setempat.
Lawatan Jonathan ke Kg.Tinanom itu adalah lawatannya selepas Kg.Kebuh dan ke beberapa buah kampung lain yang juga mengadakan majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Sambutan Raya serta Kaamatan peringkat kampung masing-masing.
Jonathan menyarankan penduduk agar mengusahakan tanah pertanian dengan tanaman yang boleh mendatangkan hasil bagi menambah sumber pendapatan keluarga.
‘Pertanian adalah Perniagaan’, tegas Jonathan sambil memaklumkan semua permohonan Kg.Tinanom akan di teliti untuk diluluskan mengikut keutamaan serta keperluan mendesak.
Pelbagai acara telah diadakan sempena majlis itu yang bertemakan ‘ Kaamatan Monunduan Do Winorun’ (Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi).
Yang menarik pada majlis itu ialah, penduduk yang hadir rata-ratanya mengenakan pakaian tradisi suku kaum Dusun Ranau dan mematuhi arahan kerajaan supaya memakai Pelitup Separuh Muka bagi mengekang penularan Covid-19 yang kini belum berakhir.
- Wakil penduduk Kg.Tinanom, menyampaikan cenderakenagan berupa ‘Basung’ kepada Datuk Jonathan disaksikan yang lain.



