28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Februari 11, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Jadikan Kaamatan sebagai Jambatan Perpaduan: Harun

UNTUK INGATAN… Dari kiri, Stanly, Malai Saharuddin dan Hilorence menyaksikan Maikol (kanan) menyampaikan cenderakengan kepada Harun. Turut jelihatan dari Nordin dan Sabli.

PITAS: Rakyat di daerah ini hendaklah menjadikan satu-satu perayaan kebudayaan sebagai tempat memupuk perpaduan pelbagai etnik di negara ini.

“Biarlah apa-apa juga acara kebudayaan tradisional mahu pun keagaaman sebagai jambatan, menghubung dan memantapkan lagi perpaduan kaum,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) Datuk Haji Harun Haji Ismail.

Katanya, kehangatan dan kemeriahan sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri dan kebangsaan di KDCA turut dirasai diperingkat akar umbi.

Harun berkata pesta yang sudah diperluaskan diperingkat daerah membolehkan rakyat seling hormati budaya pelbagai etnik di negeri ini.

AMANAT…Harun menyampaikan amanat di majlis yang penuh meriah itu.

“Memandangkan pesta ini sudah mendapat pengiktirafan sehingga ke peringkat nasional, sambutan pesta ini hendaklah terus dirayakan di peringkat akar umbi,” kata Harun ketika berucap pada Majlis Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat
Pusat Daerah Mengundi (PDM) Saniton di sini.

Beliau berkata demi menghidupkan suasana Pesta Kaamatan yang menjadi acara tahunan dan setiap tahun diraihkan diseluruh pelusuk negeri dibawah Bayu ini kerjasama seluruh masyarakat juga amat penting agar apa-apa juga acara dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

Katanya lagi, kepelbagaian budaya dan adat istiadat ini merupakan simbolik kepada perpaduan yang utuh dengan mengetepikan sebarang perbezaan namun berusaha mencari titik persamaan tanpa ada sebarang perbalahan dan permusuhan.

Harun yang juga Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) menambah, Sabah amat kaya dengan pelbagai budaya dan adat resam masyarakat berbilang kaum, walau pun mempunyai fahaman politik dan anutan kepercayaan yang berbeza namun hubungan kekeluargaan dan semangat perpaduan tetap diperjuangkan dari masa kesemasa.

ABADIKAN KENANGAN… Harun (tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian warga Vunui Lokos yang hadir d majlis itu.

Dalam hubungan ini katanya apa sahaja sambutan perayaan suku kaum seperti Kaamatan, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Krismas, Tahun Baharu Cina dan sebagainya turut dihadiri dan dimeriahkan oleh suku kaum lain demi kesefahaman dalam memelihara silaturahim dan semangat perpaduan.

“Inilah budaya yang tetap teguh dan utuh yang diadakan oleh pelbagai mesyarakat sesuai dengan tema perayaan tahun ini “Kaamatan Untuk Semua”.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Pitas itu juga mahukan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat PDM Saniton Pitas di Dewan Serbaguna Kampung Vunui Lokos ini terus diadakan setiap tahun demi memupuk dan memeliharat perpaduan masyarakat.

Hadir sama, Pengerusi penganjur Maikol Dondongan, Ketua PDM Saniton merangkap Timbalan Pengerusi penganjur Hilorence Rosleen, Penyelaras program Mohd Sabli Sarabi, Ahli Jawatankuasa PGRS Pitas terdiri dari Malai Saharudin Malai Ahmat, Stanly @Awit Lumbihan, Nordin Luminbu, Ketua Cawangan Barisan Nasional Majimin dan pemimpin komuniti yang lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN