Gambar atas: Datuk Jake (dua dari kanan)menyampaikan cek bantuan kepada salah seorang penerima
OLEH: DR. FRANCIS ANDIN
KENINGAU: Seramai 13 orang penduduk dalam Kawasan Parlimen P.180 Keningau , masing-masing terdiri daripada mangsa yang terkesan teruk akibat banjir dan penduduk yang memerlukan kos pembiayaan rawatan penyakit berpanjangan menerima bantuan bencana dan sakit terlantar.
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Penyelaras Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) P.180 Keningau Yang Berbahagia Datuk Jake Jikulin Nointin.
Sementara itu, Jake ketika menyampaikan ucapan dimajlis itu berkata sumbangan adalah dari badan koprat bukan kerajaan yang telah diusahakan bersama oleh kepimpinan PBRS Parlimen Keningau dengan komitmen padu dari pucuk pimpinan PBRS pusat khususnya Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup selaku Timbalan Presiden PBRS.

Datuk jake bersama para penerima bantuan bencana dan sakit terlantar daripada PBRS P.180 Keningau
“ Hasil kerjasama kepimpinan PBRS Parlimen P.180 Keningau , kita dengan komitmen pucuk pimpinan parti maka kita telah berjaya mendapatkan sumbangan bantuan sebanyak RM29,200.00 dari badan koprat bukan kerajaan untuk diagihkan kepada penduduk terkesan teruk dan sakit berpanjangan sebagai usaha membantu rakyat terkesan banjir dan memerlukan bantuan termasuk kos rawatan keluarga kurang mampu”katanya pada majlis penyerahan Bantuan Bencana dan Sakit Terlantar peringkat Parlimen P.180 Keningau dekat sini.
Katanya sebagai pemimpin tanpa mengira pangkat dan jawatan dalam parti , sentiasa menyokong usaha kerajaan masa kini dalam meringankan beban rakyat yang terkesan akibat bencana banjir,justeru katanya selain usaha proaktif kerajaan, usaha bersama juga dilaksanakan agar rakyat bukan sahaja berharap dengan bantuan kerajaan semata-mata, tetapi badan bukan kerajaan melalui pemimpin parti dari semua peringkat bersedia berusaha bersama membantu.
Dalam pada itu , rata para penerima bantuan melahirkan rasa terharu dan gembira dengan keprihatinan pemimpin dalam PBRS Parlimen Keningau yang telah berusaha membantu sedaya upaya terhadap penduduk kurang mampu menghadapi bencana dan musibah kesihatan terutama yang masih terlantar dihospital.
Penerima Mathius Juari 55, dari kampung Agudon Keningau, berkata bantuan yang diterima ahli keluarganya akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu ahli keluarga terkesan banjir dan sakit.
“ Kami bersyukur kerana bantuan ini sekurang-kurangnya meringankan beban kami untuk meneruskan kehidupan selepas bencana banjir dan biaya kos rawatan ahli keluarga yang sedang sakit”katanya.
Seorang penerima yang terkesan banjir Flolinc Malawit dari kampung Mansolorung Tambunan, berkata bantuan sangat membantu bagi meringankan beban selepas keluarganya menjadi mangsa banjir baru-baru dan memerlukan kewangan bagi membeli peralatan yang rosak.

Dari Kiri: Folinc Malawit, Mathius Juar, dan Alexander Amat
“Saya bagi pihak keluarga amat berterima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Jake dan pemimpin PBRS Parlimen Keningau atas usaha mencari sumbangan untuk kami penerima hari ini, sangat bersykur moga tuhan membalas budi baik mereka yang terlibat dalam usaha murni ini”katanya.
Bagi Alexander Amat Pantin, 62, yang mewakili Yunos Emuk berkata , sumbangan diterima bagi pihak ahli keluarganya amat bermakna kerana keperluan kos rawatan ahli keluarga yang sakit selain terkesan banjir “ Saya bagi pihak keluarga amat berterima kasih,bersyukur mudahan yang mengusahakan ini dilimpahi rezeki terutama pemimpin tertinggi PBRS yang terus berusaha membantu rakyat kurang mampu di kawasan parlimen Keningau ini katanya.
Hadir sama dimajlis itu, Ketua Bahagian PBRS N. 41 Liawan Johny Anthony Kadau dan Setiausaha Bahagian PBRS N.40 Bingkor Rahman Shah mewakili Ketua Bahagian Vincent Lee dan pemimpin PBRS Parlimen Keningau.



