27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jabatan Pertanian Labuan cadang  wujudkanTaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)

Sebahagian daripada Pengerusi JPKK yang menyertai Sesi Enggagement  anjuran Jabatan Pertanian Labuan.

LABUAN Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan telahpun mengemukakan cadangan  kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan  untuk mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)  dengan memfokaskan tanaman sayuran jenis daun dan buah.

Pengarah Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Jurijh Abdullah Fauzi berkata, pihaknya akan mengenal pasti kawasan  yang bersesuaian sebagai salah satu usaha untuk mengimbangi kemasukan  sayur sayuran daripada  luar Labuan.

“ Dengan adanya TKPM ini nanti ia akan dapat mengimbangi  bekalan   sayur sayuran dan buah buah yang diimpot dari luar Labuan terutamanya dari Tanah Besar Sabah” katanya ketika ditemui pada Majlis  Sesi Enggagement Jabatan Pertanian Labuan bersama  Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Labuan yang diadakan di salah sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Bashir ketika berucap merasmikan Majlis Enggagement Jabatan Pertanian bersama MPP.

Majlis yang turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias.

Dalam pada itu katanya, Jabatan Pertanian Labuan juga akan bekerjasama dengan Perbadanan Labuan bagi mengenal pasti tanah-tanah yang sesuai untuk dibangunkan sebagai tapak TKPM.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN