27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jabatan Perikanan Malaysia terima 3 buah bot peronda laju 

MOHD MOHTAR… ketika meninjau keadaan bot peronda laju  di jeti Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan, pada Selasa

LABUAN: Jabatan Perikanan Malaysia  menerima tiga buah bot peronda laju fasa pertama  bernilai RM4.785 di bawah RMK 12  menerusi Projek Perolehan Peralatan Pembangunan.

Timbalan Ketua Pengarah  (Pembangunan) Jabatan Perikanan Malaysia, Mohd Mohtar Mahmaud berkata, salah satu daripada bot laju berkenaan ditempatkan di Labuan, manakala dua buah lagi masing-masing untuk keperluan Jabatan Perikanan di Awat-Awat  Sundar Lawas  dan Mukah  kedua duanya di Sarawak.

“Dengan adanya tiga buah aset baharu ini akan dapat meningkatkan tahap kecekapan Jabatan dalam menjalankan program kawalan dan pengawasan (MCS)  di perairan negara khususnya di Labuan dan juga perairan Sarawak” ketika berucap pada Majlis  Penyerahan dan Pelancaran Bot Peronda Laju Baharu Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Malaysia di Pangkalan Jeti Jabatan Perikanan Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan di  Rancha-Rancha dekat sini, pada Selasa.

TIGA buah Bot Peronda Laju baharu yang dilancarkan oleh Mohd Mohtar.

Selain itu kata beliau,  Jabatan Perikanan Malaysia juga dalam proses pelaksanaan perolehan fasa kedua untuk membina tiga buah lagi bot peronda laju pada tahun 2023.

Mohd Mohtar berkata, sehingga tahun 2022 Jabatan Perikanan Malaysia  memiliki 83 aset membabitkan 41 kapal/peronda laju dan  42 peronda Taman Laut yang ditempatkan di seluruh negara.

Bagaimanapun katanya,  25 daripada bot tersebut didapati telah uzur  yang  berusia lebih 25 tahun, manakala  58 yang lain  berusia kurang daripada 25 tahun.

“Keadaan bot yang uzur ini telah mendedahkan sumber perikanan  kepada kegiatan penangkapan ikan secara tidak  sah, tidak dilaporkan dan tidak di kawal  seperti isu pencerobohan oleh nelayan asing termasuk  menggunakan perlatan menangkap ikan yang tidak sah seperti penggunaan bahan letupan, perenjat elektrik dan perlatan penagkapan ikan yang tidak dilesenkan” kataya.

Menyentuh mengenai Program Kawalan dan Pengawasan (MCS), beliau berkata,  ia dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Perikanan Malaysia bagi menangani isu ketirisan sumber periaran negara ke negara jiran seperti yang dilaporkan oleh Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Wilayah Persekutuan  Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN