BAHARU…. Dr Ismuni bersama kakitangan Jabatan Kesihatan ketika menerima peralatan baharu 6-Panel Patient Monitor dan 4-Panel Patient Monitor yang di terima pada Jumaat
LABUAN: Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan menerima 18 unit mesin peralatan baharu bagi merawat pesakit COVID 19 yang ditempatkan di hospital Labuan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Ismuni Buhari berkata 18 unit mesin baharu itu membabitkan 10 unit 4-Panel Patient Monitor dan lapan unit 6-Panel Patient Monitor serta dua unit ventilator.
“Dengan adanya mesin baharu itu ia sekaligus melengkapkan keperluan hospital Labuan dalam menguruskan pesakit mCOVID 19 di hospital Labuan.
“Kami juga sedang menunggu beberapa lagi peralatan baharu yang kini dalam proses perolehan dan dijangka akan sampai dalam masa tertdekat|” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Labuan, pada Sabtu.
Dr. Ismuni berkata, kesemua peralatan itu tiba di Labuan pada Jumaat merupakan sebahagain peralatan yang diperlukan untuk meningkatkan perkhidmatan yang lebih berkesan khususnya dalam merawat pesakit COVID 19.
Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan Malaysia yang sentiasa memberikan perhatian dan keutamaan untuk mempastikan kesihatan warga Labuan terjaga selaras dengan hasrat jabatan yang untuk menjadikan Labuan sebagai Pulau Sihat.
Untuk rekod sehingga hari ini Labuan mencatatkan 16 kes kumulatif Covid-19, daripada jumlah itu 13 kes telah sembuh dan pesakit dibenarkan pulang manakala tiga lagi masih dirawat di hospital. TAMAT
BAHARU…. Dr Ismuni bersama kakitangan Jabatan Kesihatan ketika menerima peralatan baharu 6-Panel Patient Monitor dan 4-Panel Patient Monitor yang di terima pada Jumaat