Ghani (tiga dari kiri)bersama ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat semasa menyanyikan lagi kebangsaan dan negeri.
NABAWAN:Isu tanah adalah keutamaan yang perlu diselasaikan di daerah ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamad Yassin.
Katanya, sejak menjadi wakil rakyat di kawasan ini beliau melihat isu tanah perlu diselasaikan kerana ia adalah kepentingan penduduk di daerah ini terutama bagi generasi akan datang
“Justeru itu saya menekankan agar setiap permohonan tanah di daerah wajib melalui atau disahkan oleh Ketua Kampung di kawasan berkenaan” katanya semasa berucap pada Majlis Amanat Pemimpin Masyarakat DUN Nabawan bagi Mukim Nabawan, Pamuntarian dan Tatalaan di dewan serbaguna Majlis Daerah Nabawan di sini pada Sabtu.
Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah berkata, ini bagi memastikan pemohon tanah adalah penduduk asal di kawasan berkenaan.
“Kita tidak mahu tanah di kawasan ini dipohon oleh orang luar seperti sebelum ini” tegasnya.
Menyentuh tentang perwartaan sebahagian kawasan Skim Nabawan yang cadangkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah Ghani berkata, ia tidak wajar kerana ia sudah diduduki dan telah diterokai oleh penduduk.
“Kita juga minta supaya cadangan pewartaan ini tidak diteruskan demi kepentingan masyarakat yang terlibat di kawasan berkenaan” katanya.
Beliau turut mengingatkan agar pempimpin-pemimpin masyarakat di daerah ini menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Katanya, pemimpin masyarakat adalah sebagai mata dan telinga kerajaan selain menjaga keselamatan dan keharmonian kampung masing-masing.
Turut berucap dan menyampaikan amanat pada majlis yang dihadiri oleh Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri itu, Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu Moinjil, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Nabawan Deckson Andipai, Ketua Daerah Nabawan Ulin Datuk Pamiang dan Ketua Anak Negeri Mukim Nabawan Maturin Haji Hasbollah @ Uda Angindi.
Hadir sama Datin Asiah Hj. Azlan, Ketua Daerah Kecil Pagalungan Philip Antugi, Ketua Balai Polis Nabawan SM Jumati.Masih, Ketua Anak Negeri (KAN)Mukim Pamuntarian Barahim Andipoh, KAN Mukim Sepulut Louis Palanok @ Andy dan KAN Mukim Pensiangan Atar Andipoh.