Isu capaian internet, MP Pensiangan ambil serius atasi kekangan

Home Tempatan Isu capaian internet, MP Pensiangan ambil serius atasi kekangan
Isu capaian  internet, MP Pensiangan ambil serius atasi kekangan

Arthur ketika melawat menara komunikasi di Kg Rungus Nahaba, Kiulu 

KENINGAU:Sususlan pelajar terpaksa berjalan kaki naik bukit, panjat pokok mangga untuk dapatkan rangkaian ‘internet’ untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PdPR)yang disiarkan portal ini pada 14 Oktober  (Khamis)lepas, Timbalan Menteri Kerja Raya Arthur Joseph Kurup berkata, sebagai Ahli Parlimen P.182 Pensiangan beliau mengambil serius kekangan capaian internet yang dihadapi pelajar terutamanya para pelajar di kawasan Pedalaman Sabah.

“Saya berpegang teguh kepada asas pendidikan sebagai pemacu yang penting dalam membangun dan meningkatkan sosioekonomi sesebuah kawasan” katanya.

Mengulas perkara itu Ahli Parlimen Pensiangan itu berkata, Pendidikan akan memboleh anak-anak Keluarga Malaysia Pensiangan mengubah masa hadapan ke arah yang lebih baik bagi diri dan keluarga mereka kelak.

Arthur ketika melawat tapak JENDELA USP di Kg Panagatan Ulu, Keningau.

Sehubungan itu, beliau telah memohon Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia  (SKMM) Cawangan Keningau memberikan perhatian khusus terhadap isu yang telah dibangkitkan. 

Jelasnya, SKMM Cawangan Keningau selanjutnya telah menghubungi Ketua Kampung Kampung Silungai, KK Bintuyu Mandulun untuk mendapatkan maklumat terperinci.

Berdasarkan semakan data, terdapat menara projek TIME3 di Pekan Kecil Pagalungan yang jarak udara hanya 2.1km ke Kampung Silungai dan didapati di sana mempunyai liputan 3G dan 4G, namun begitu liputan tersebut masih lemah.

Justeru itu katanya, tindakan segera sedang ambil di mana SKMM melalui Projek 3G Sunset akan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang lebih baik dalam melayari internet serta perkhidmatan atas talian di kawasan tersebut dan dijangka beroperasi sehingga hujung tahun ini.

Peta menunjukkan lokasi menara telekomunikasi di Pagalungan.

Untuk jangka masa panjang tambahnya, Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sedang dilaksanakan di mana sebanyak 46 buah menara telekomunikasi baharu akan dibina di Parlimen Pensiangan yang dijangka bermula pada suku terakhir 2021 dan akan siap secara berperingkat pada Disember 2022.

“Manakala kerja-kerja menaik taraf 44 buah menara komunikasi yang sedia ada dijangka siap pada suku pertama tahun 2022. Ini akan membantu menyelesaikan masalah liputan internet serta membawa capaian internet yang lebih menyeluruh buat Keluarga Malaysia Pensiangan” jelasnya lagi.

Pada masa sama Arthur berkata, pendidikan anak-anak serta pembangunan teknologi merupakan antara keutamaan beliau sebagai Ahli Parlimen Pensiangan untuk memastikan rakyat Pensiangan tidak ketinggalan dari arus pembangunan moden.