TENOM – Isteri maut manakala suami cedera dalam satu kejadian
kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di kilometer 12 jalan Tenom -Keningau, pada pukul 1.30 petang pada Isnin semalam.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Polis, DSP Hassan Majid mengesahkan, mangsa yang maut itu merupakan bekas guru besar Sekolah kebangsaan Saint Anthony Tenom dikenali sebagai Norry Bansunin 60 tahun disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Tenom pada pukul 4.30 petang manakala suami kini dirawat di Hospital Keningau.
Menurut DSP Hassan, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di satu jalan lurus apabila motokar jenis Jip Toyota Prado menuju ke arah Pekan Tenom secara tiba-tiba hilang kawalan dan berpusing lalu masuk ke lorong bertentangan lalu terlanggar oleh Jip Isuzu Dmax.
Katanya, akibat pelanggaran itu kenderaan Jip Isuzu Dmax yang dinaiki dua individu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tenom untuk mendapatkan rawatan.
Manakala, pemandu Jip Toyota Prado yang bersendirian tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.