Warga IPD Ranau yang menjayakan majlis itu pada Isnin lalu – Gambar: IPD Ranau
RANAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau mengadakan Majlis Pelaksanaan Amalan Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, dan bacaan Ikrar Rukun Negara, di perkarangan IPD, di sini baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung seawal 7 pagi itu dihadiri Pegawai Kanan, anggota pangkat rendah, dan kakitangan awam IPD Ranau.
Menerusi satu perkongsian yang dimuatnaik di Facebook (FB) rasmi Polis Daerah Ranau pada 13 Januari, majlis bertujuan menerapkan semangat patriotisme serta kesetiaan kepada negara dalam kalangan penjawat awam.
“Majlis berlangsung dengan lancar, dimulai dengan ketibaan Ketua Polis Daerah Ranau, P/Supt. Mursalin bin Mahmud, diikuti acara nyanyian, bacaan doa, serta lafaz ikrar.
“Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Bersama kita terus berkhidmat untuk negara”, kata perkongsian itu.