29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

INTERIM 702 PKPP- PLUMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH MEMPROMOSI NEGERI DI BAWAH BAYU

Oleh: Mohamad Juhar Harun
Jurulatih, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. (https://www.facebook.com/pkppumskk).

Program Mahasisawa Prihatin (SPRINT) di Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) mempelbagaikan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian untuk memungkinkan mahasiswa yang mengikuti kursus kokurikulum berkredit mendapat pendedahan tentang kemahiran kepemimpian dan kemahiran interpersonal melalui aktiviti kemasyarakatan Mahasiswa Prihati (SPRINT).

Bagi merealisasikan usaha PKPP, mahasiswa Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) melalui kursus kokurikulum berkredit INTERIM 702 menganjurkan “Let’s Explore The Amazing Sabah”.  Mahasiswa Madonna Tracy Meson yang merupakan pengarah program ini menyatakan bahawa ini merupakan pengalaman yang sangat bernilai kepada semua mahasiswa kerana diberi peluang memperkenalkan negeri di bawah bayu, Sabah dengan menonjolkan kepelbagaian budaya termasuk persembahan tarian tradisi pelbagai etnik di Sabah, perkongsian resipi makanan tradisi dan eksotik, pameran tempat menarik di Sabah dan aktiviti yang boleh dilakukan di pelbagai tempat di negeri ini.

Mohamad Juhar Harun

Program yang mendapat sokongan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah ini dengam kehadiran tetamu jemputan Pengurus Bahagian Pembangunan, Pendigitalan dan pelancongan budaya Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah iaitu Encik Mohd Soffriezan bin Yahya adalah merupakan pendedahan tentang tanggungjawab sosial mahasiswa dalam membantu pengusaha kecil mempromosikan perniagaan mereka secara dalam talian melalui platform laman rasmi secara langsung di Facebook dan YouTube “Pedulikah Kita?” https://www.youtube.com/watch?v=yl9le58VrVQ.

Usahasama komuniti yang merupakan pengusaha adalah antara faktor kejayaan program ini. Antara pengusaha dan komuniti yang terlibat ialah:

Slot 1 tempat menarik

🔸Lasmin Lopog-(Kondis Point Kiulu)- 013-8763878

🔸Mundan bin Gomosi – (Mundan Hill) – 019-3223980

🔸Sambatan bin Gunsalahon Polumpung Melangkap View Camp Site- 011-3624 4723

🔸Tegudon Tourism Village- 0136024089

Slot 2 Makanan Tradisi

🔸Sambaat (Been Kutingan ) – 016-8307247

🔸Tuhau (Erika Eddie)- 014-9145733

🔸Sanggar (Erna-Sanggar Manis Cik Erna)- 011-14066453

🔸tuwak uwak- (Didy Maison)- 014-6523950

Slot 3 Kraf tangan

🔸Bungkas (Norlin Mutang)- 010-5609525

🔸Sumpit (Amburus Anggang)- 010-5235190

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) yakin bahawa usahasama antara UMS dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan, apatah lagi dengan penyertaan komuniti akan menjadi kekuatan kepada program kemasyarakatan yang lebih berimpak dan seterusnya merealisasikan usaha pembentukan mahasiswa holistik. Oleh itu lebih banyak program seumpama ini akan diadakan pada masa akan datang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN