25 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Inisiatif swasta hulur bantuan amat digalakkan: Masidi

Masidi, Abidin, Awang Kadin, Dexter dan lain-lain dalam majlis Jelajah Iftar Bersama UPPM Negeri Sabah


RANAU: Inisiatif badan koporat dan syarikat swasta dalam menghulurkan sumbangan pelbagai bentuk kepada masyarakat, terutama kepada golongan yang memerlukan adalah amat dialu-alukan.


Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun memberi peransang kepada Syarikat swasta yang lain untuk bersama berkongsi keuntungan dengan membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti melalui program Iftar.


“Bukan saja majlis iftar tapi juga di majils ataupun di musim perayaan yang lain seperti ini memandangkan Sabah adalah negeri yang berbilang kaum dan agama.


“Di Sabah terkenal sebagi sebuah negeri yang bersatu padu tapi saling bantu membantu di antara satu dengan yang lain,” kata beliau sambil memuji inisiatif Syarikat Kim Teck Cheong yang membuat inisiatif seumpama itu di sini.


Masidi yang juga Adun Karanaan berkata demikian semasa merasmikan majlis Jelajah Iftar Bersama UPPM Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Kimolohing Ranau pada hari Ahad.


“Untuk makluman semua, Syarikat Kim Teck Cheong (KTC) adalah yang syarikat yang sudah disenaraikan dalam bursa saham dan adalah Syarikat tempatan yang membesar di Sabah yang patut kita banggakan.


“Bukan sahaja semasa iftar, malahanSyarikat KTC ini telah banyak membantu semenjak beberapa tahun yang lalu melalui berbagai sumbangan,” katanya.


Masidi juga mengucapkan terimakasih kepada KTC kerana sudi bekerjasama dengan UPPM Negeri, Datuk Awang Kadin, untuk mengadakan iftar di 25 kawasan sepanjang bulan ramadan.


Ranau adalah kawasan yang ke 13 dalam jelajah Iftar Bersama UPPM ini di anjurkan.


Masidi berharap ramadan ini sepenuhnya bukannya hanya dengan beribadah tapi juga menjalankan Kebajikan untuk menyumbang kepada golongan asnaf dan OKU di setiap kawasan.


Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Mandikir, Pengarah UPPM Sabah Datuk Awang Kadin Tang, Pegawai Eksekutif KTC Datuk Dexter Lau, Masidi’s Special Duties Officer, Datuk Haji Faimin Kamin, Pegawai Daerah Ranau Tinus Manggam dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN