30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

INDEKS JENAYAH DAERAH RANAU MENURUN: DSP SAMMY

DSP SAMMY NEWTON…Ketua Polis Daerah Ranau.

RANAU – Indeks jenayah di daerah ini menurun 41.84% sepanjang tahun 2020 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton, berkata perangkaan itu membabitkan jenayah kekerasan dan jenayah harta benda.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau telah membuka sebanyak 57 kertas siasatan bagi jenayah indeks berbanding 98 yang dibuka pada tahun 2019. Menunjukan penurunan sebanyak 41 kes.

“Pada tahun 2020, sebanyak 11 kes  Jenayah indeks kekerasan direkodkan dan dibuka kertas siasatan berbanding 18 kes pada tahun 2019. Penurunan sebanyak 7 kes atau 38.88%.

“Manakala jenayah indeks harta benda juga menurun sebanyak 34 kes atau 42.5% iaitu sebanyak 46 kes telah dibuka bagi tahun 2020 berbanding 80 kes pada tahun 2019,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin hari ini.

Menurut DSP sammy,  bagi jenayah bukan indeks, sebanyak 87 kes telah  dibuka kertas siasatan pada tahun 2020 berbanding 117 kes yang dibuka pada tahun 2019 iaitu penurunan sebanyak 30 kes atau 25.64%.

Katanya, walaupun jenayah indeks di daerah ini menunjukan penurunan pada tahun 2020, namun orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan.

“Pastikan tiada ruang bagi penjenayah melakukan jenayah di daerah ini.

“Selain itu, PDRM Ranau juga mengalu-alukan sebarang maklumat berkenaan perlakuan jenayah di daerah ini bagi memastikan penurunan kadar jenayah ini dapat di kekalkan.

“PDRM Ranau juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyalurkan maklumat berkenaan perlakuan jenayah di daerah ini yang secara tidak langsung telah menyumbang kepada penurunan kadar jenayah indeks pada tahun 2020,” tambah DSP Sammy.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN