30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Imigresen Sabah sentiasa bekerja keras benteras PATI – Jonathan.

JONATHAN YASIN…Timbalan Menteri Dalam Negeri

RANAU: (TERKINI) – Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah sentiasa bekerja keras untuk membenteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang melanggar peraturan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin berkata, ini termasuk tindakan pengusiran ke negara asal mereka.

Menurutnya, menerusi Laporan Statistik Pengusiran PATI Warganegara Asing Mengikut Kewarganegaraan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah dari 10 Mac 2020 hingga 06 Jun 2020, seramai 619 PATI telah diusir.

“Daripada jumlah itu, seramai 617 orang warganegara Indonesia telah diusir ke negara asal melalui laut.

“Manakala seorang warganegara Thailand dan seorang warganegara Pakistan turut diusir melalui udara,”jelasnya dalam satu kenyataan yang dikongsi di laman Facebook milik beliau hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan PATI warga Filipina, Jonathan menjelaskan, seramai 5,305 orang warganegara itu kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen seluruh Sabah. Daripada jumlah itu seramai 1,538 orang dalam proses pengusiran ke negara asal.

“Bagaimanapun, Filipina belum memberi pengesahan untuk penerimaan bagi pesalah imigresen warganya kerana masih bimbang dengan jangkitan virus Covid-19.

“Menurut kerajaan Filipina, kira-kira 50 ribu warga mereka dijangka balik dari luar negara dan kapasiti untuk menampung keperluan kuarantin hanya kira-kira 1,000 orang sehari,” jelas beliau.

Tambah beliau, jabatan Imigresen negeri ini merekodkan, Orang Tahanan di Pusat Tahanan Imigresen Sabah ketika ini terdiri, Filipina 5,305 orang , Indonesia 1,350, Pakistan 37, China 5, Vietnam 16, Thailand 1, Afrika Selatan 1, Sri Langka 1, Bangladesh 1, India 1.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata, kerajaan hari ini terus komited  dalam membenteras PATI. –Borneo Daily Bulletin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN