28 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mac 17, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ILKKM akan ditransformasi menjadi Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence – CoE). : James Ratib

James Ratib


KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mentransformasi semua Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) menjadi Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence – CoE).


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib berkata, pentransformasian tersebut dijalankan bagi melahirkan tenaga kerja kesihatan yang mahir dan berkualiti.


“Untuk tujuan ini, ILKKM Sabah akan dilengkapi dengan peralatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang terkini pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM199,626.


“Kebajikan dan keselesaan pelatih ILKKM Sabah juga turut diberi perhatian dengan penggantian kelengkapan asrama yang telah usang. dibekalkan pada Oktober 2024 dengan kos sebanyak RM737,040.00.


James yang juga Exco Keaihatan Sabah, berkata demikian semasa menjawab persoalaan daripada Adun Sulabayan, Datuk Dr. Haji Jaujan Bin Haji Sambakong semasa Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16, 18, 19 dan 20 November 2024 yang berlangsung pada hari Rabu.


Semasa persidangan itu, Jaujan bertanya kepada Menteri KPMKR Sabah, adakah pihak Kerajaan merancang untuk membina Pusat Latihan Jururawat yang serba lengkap dengan kemudahan terkini di Sabah.


Beliau menambah bahawa setakat ini Kerajaan belum ada perancangan untuk membina Pusat Latihan Jururawat di Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN