29.2 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ILKKM akan ditransformasi menjadi Centre of Excellence (CoE): James

JAMES (kanan) menerima cenderahati disampaikan Nawi

KOTA KINABALU: Kerajaan akan menaik taraf pelbagai fasiliti di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di negeri ini bagi menjadikannya sebagai pusat kecemerlangan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Bin Ratib.

“Bagi memastikan ILKKM Sabah serba lengkap dengan peralatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang terkini, Bahagian Pengurusan Latihan KKM akan menaik taraf peralatan PdP mengikut keperluan ILKKM.

“Pada tahun 2025 ILKKM Sabah (Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau) akan mendapat peruntukan sebanyak RM199,626 untuk pembelian peralatan PdP.

“Kebajikan pelatih ILKKM Sabah juga diberi perhatian dengan menggantikan tilam dan katil yang usang. Tilam 1,354 buah dan katil 1,354 buah baharu telah diterima bermula bulan Oktober 2024 dengan kos sebanyak RM737,040,” kata beliau.

James yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah berkata, ILKKM Kota Kinabalu akan melalui fasa transformasi sebagai Pusat Kecemerlangan atau Centre of Excellence (CoE) bermula tahun 2025.

Langkah strategik ini, katanya, bagi melonjakkan ILKKM Kota Kinabalu sebagai pengeluar tenaga kerja kesihatan berkemahiran yang berupaya meningkatkan kualiti penyampaian sistem kesihatan negara bertaraf antarabangsa.

Bagi tujuan itu, katanya, sebanyak dua Program Lanjutan yang akan terlibat iaitu Program Endoskopi dan Anestesia.

James yang juga ADUN Sugut berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penutupan Program Pengukuhan Pasukan dan Memperkasa Budaya Koporat ILKKM Kota Kinabalu 2024 yang diadakan di Auditorium ILKKM Kota Kinabalu pada hari Jumaat.

Beliau mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur yang terdiri daripada semua lapisan anggota (Staff) ILKKM Kota Kinabalu sebagai tenaga penggerak yang komited menganjurkan program dan seterusnya memeriahkan majlis tersebut.

“Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan pengalaman daripada program ini untuk meneruskan usaha kita dalam memperkasakan budaya kerja yang harmoni, saling menghormati dan melengkapi antara satu dengan yang lain.

“Jadikan tema “Satu Pasukan, Satu Matlamat, dan Cemerlang Melalui Sukan” sebagai panduan dalam setiap langkah yang kita ambil,” kata beliau.

Menurutnya lagi, program yang dijalankan ini sangat baik untuk membentuk imej anggota ILKKM yang sihat, berketerampilan dan menjadi role model kepada pelatih.

“Melalui aktiviti sukan yang dijalankan, kita dapat membina satu pasukan yang padu, tanpa mengira jawatan atau latar belakang dan bergerak ke arah matlamat yang sama.

“Dalam dunia yang semakin kompetitif ini, kekuatan sebuah organisasi terletak pada kerjasama dan kesepaduan pasukannya. Apabila kita bersatu, kita dapat mengatasi pelbagai cabaran dengan lebih berkesan.

“Selaku Menteri KPMKR dan Exco Kesihatan akan sentiasa bersama ILKKM Kota Kinabalu dan akan memberi komitment yang tinggi untuk membantu mempertingkatkan fasiliti, keperluan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) oleh pengajar. Disamping itu juga kebajikan pelatih akan diberi keutamaan,” jelas beliau.

Turut hadir, Ketua Penilaian dan Kualiti ILKKM Kota Kinabalu, Nawi bin Bair, Timbalan Pengarah Akademik, merangkap Ketua Program Sains Perubatan Asas, Isahari Smile, Pengerusi Penganjur, Zainulah Jubkar, Pengerusi Kelab Rekresi dan Kebajikan ILKKM Kota Kinabalu, Imus Ronald Goling, Pengajar-Pengajar Kanan dan Ketua-Ketua Unit serta anggota ILKKM Kota Kinabalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN