26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

HUMS anjur Program Outreach KRIS di Kg Tiga Bundu Tambunan Sabtu ini

KOTA KINABALU, 19 APRIL – Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) akan mengadakan saringan kesihatan percuma di Kampung Tiga Bundu, Tambunan pada Sabtu, 23 April 2022.

Pengarah HUMS, Prof. Dr. Helen Lasimbang (gambar)berkata, program itu diadakan di bawah inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS).

“Selain saringan kesihatan, kita juga akan mengadakan pemeriksaan khas wanita, pemeriksaan gigi, dan pemeriksaan mata.

“Pada masa yang sama program sehari ini juga turut diisi dengan sesi bicara kesihatan mental, konsultasi pegawai perubatan dan preskripsi ubat-ubatan secara percuma,” katanya.

Helen berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Poster HUMS-KRIS Kampung Tiga Bundu, Keningau

Menurutnya, program itu akan dimulakan seawal pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

“Sehubungan itu, saya mengalu-alukan penduduk sekitar Kampung Tiga Bundu, Tambunan untuk hadir dan memanfaatkan segala perkhidmatan yang disediakan HUMS.

“Saya juga ingin berpesan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengelakkan diri daripada berkumpul beramai-ramai sepanjang program ini berlangsung,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN