26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Hujan sepanjang hari tidak mematahkan semangat 1,092 orang  hadir ke PPV

Antara pelajar yang diiringi ibu bapa mereka ke PPV Dewan Masyarakat Ranau.

RANAU: Hujan lebat sepanjang hari tidak mematahkan semangat 1,092 orang  ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV)di Dewan Masyarakat di sini untuk menerima suntikan vaksin sebagai benteng diri daripada jangkitan Covid-19.

Daripada 592 jumlah itu, adalah penerima suntikan dos dua vaksin jenis Sinovac dan 500 orang lagi yang menyertai program ‘Walk In’ terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah (SK) dan Sekolah Menengah (SMK) berumur 12 -17 tahun.

Ramai ibu bapa yang sempat ditemui masing-masing berasa lega kerana anak-anak mereka diberi peluang mendapatkan suntikan vaksin sebelum sekolah memulakan  persekolahan bersemuka tidak lama lagi.

“Saya mengharapkan semua anggota keluarga saya sudah lengkap  menerima dua dos vaksin sebelum sekolah dibuka secara bersemuka  tidak lama lagi”, jelas Luke Kabun dari Kg.Kiau Taburi Kota Belud yang mengiri 3 orang anaknya ke PPV tersebut.

                   

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN