Gambar atas – Keadaan Jambatan Sungai Liwagu, Kundasang – foto WhatsApp
OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN
RANAU, 20 Jun – Beberapa kawasan di Kundasang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang berlaku lebih sejam di sini, petang tadi.
Menurut salah seorang penduduk Kundasang, Japiril Suhaimin ketika dihubungi media berkata, kejadian kira-kira jam 3 hingga 4 petang itu telah menyebabkan beberapa jalan kampung sekitar Kundasang terjejas.

JAPIRIL SUHAIMIN.. AMD RANAU – Foto FB
“Antara jalanraya yang terjejas ialah jalan ke Kg.Dumpiring Atas, Jalan Kundasang – Cinta Mata dan Jalan Kundasang – SK Kundasang.
“Jalanraya menghubungkan Kg.Kauluan dan Kg Pinausok adalah yang terjejas teruk sehingga terdapat sebuah kenderaan hampir tertimbus.

Sebuah kereta hampir tertimbus di Jalan Kauluan -Foto WhatsApp
Menurutnya lagi, menerusi ramakan video yang dikongsikan menunjukan permukaan jambatan Sungai Liwagu telah dinaiki banjir yang mengalir deras daripada parit berhampiran.
Selain itu katanya, hujan lebat yang melanda Kundasang turut menyebabkan berlakunya runtuhan kecil di beberapa buah kampung. Terdapat juga rumah yang dinaiki banjir dan mengalami kerosakan.
“Sungai Lobou-Lobou dekat Kg. Lembah Permai turut mengalir deras sehingga menyebabkan tebing sungai rosak.
“Saya juga mendapat maklumat bahawa terdapat kemalangan jiwa , namun identiti mangsa dan punca sebenar belum disahkan pihak berwajib. Justeru biar pihak mereka yang sahkan,” jelas Japiril.

Banjir…. Salah sebuah rumah yang dinaiki banjir-Foto WhatsApp
Susulan kejadian itu, Japiril yang juga salah seorang Ahli Majis Daerah Ranau tidak menolak kemungkinan antara punca banjir kilat itu ialah daripada sistem perparitan.

Salah satu rumah yang terjejas -foto whatsApp
“Justeru kita minta Jabatan serta Agensi berkenaan seperti Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian, Unit Pemimpin Pembanguna Masyarakat (UPPM) untuk melakukan pemerikaan dengan kadar segera.
“Tindakan segera daripada pihak berkenaan sangat diharapkan agar kejadian seumpama ini tidak lagi berulang pada masa akan datang,” tambah Japiril.