26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Hujan lebat berterusan, beberapa buah kampung di Bingkor dilanda banjir kilat dan hakisan tanah

Gambar semasa kerja-kerja pembaikan jalab ke Gereja Brethanny Kampung Melidang.

KENINGAU:Hujan lebat yang berterusan di daerah ini menyebabkan banjir kilat dan hakisan tanah di beberapa buah kampung khususnya di kawasan Bingkor.

Antaranya, Jalan Siba Kampung Berungis yang mengalami kerosakan teruk akibat curahan air hujan berlebihan.

Berikutan kejadian itu jalan kampung tersebut ini telah terputus dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Selain itu, Jalan ke Gereja Katolik Kampung Tagai mengalami kerosakan  pada struktur culvert yang terhakis akibat aliran banjir anak sungai yang deras.

Turut mengalami hakisan adalah benteng perparitan utama di kawasan gerai Bayayo Enterprise mengakibatkan banyak kerosakan apabila limpahan air banjir yang membawa batuan dan tanah liat mengalir masuk ke kawasan premis dan mengalir hingga ke arah jambatan bayayo.

Berikutan dengan kejadian hujan lebat pada ketika itu berlaku gelongsoran tanah bukit telah menimbus jalan raya ke Gereja Brethanny Kampung Melidang Bunga Raya menyebabkan penduduk terputus laluan untuk ke Gereja Brethanny.

Kerja-kerja pembaikan jalan Kampung Labak Baru. 

Turut mengalami masalah adalah  Kampung Labak Baru di mana jalan masuk ke kawasan perumahan terputus akibat hakisan banjir kilat yang berlaku.

Namun demikian atas kepruhatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin segala masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung-kampung berkenaan dapat diselasaikan. 

Dengan keprihatinan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya segala masalah yang berlaku dapat di atasi melalui usaha beliau sendiri dan jabatan serta agensi yang berkaitan.

Terdahulu staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat UPPM N. 40 Bingkor dan ADUN Bingkor telah turun padang mengenalpasti masalah yang di kampung-kampung berkenaan akibat kejadian banjir kilat dan hakisan tanah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN