33 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

hubungan GRS- Barisan Nasional (UMNO) kukuh dan baik : Robert Tawik

Robert….yakin permuafakatan GRS – BN kekal.

KENINGAU:Timbalan Presiden Starsabah Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata hubungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Barisan Nasional – UMNO adalah kukuh dan baik dalam mengurus tadbir kerajaan Sabah.

Robert yang juga ADUN Bingkor dan Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, perbezaan pandangan adalah lumrah dalam mana-mana organisasi, dan dalam konteks kerajaan Sabah yang diterajui oleh GRS dan BN tidak ada pergeseran yang  meretakkan hubungan kedua-dua pihak, malahan kedua-dua pihak  saling  memperkukuhkan hubungan yang baik. 

“Tidak ada timbul kerenggangan  hubungan diantara kedua-dua pihak  malahan  pemimpin kedua-dua gabungan sering bekerjasama,   hormati-menghormati dan memperkukuhkan  urus tadbir negeri Sabah” katanya.

Keutamaan pemimpin kerajaan GRS-BN adalah untuk membangunkan negeri ini dan rakyat ini melalui hala tuju Sabah Maju Jaya” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai  mengambil inisiatif untuk menjelaskan kepada rakyat kerana terdapat suara-suara di luar yang mempersoalkan kenyataan Ketua Wiramuda StarSabah yang menunjukkan percanggahan dengan kenyataan pihak kepimpinan parti dan Kerajaan Negeri.

“Saya ingin nyatakan di sini bahawa kenyataan Ketua Wiramuda StarSabah berkenaan dengan isu pemindahan lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu ke Kimanis serta kenyataan  Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panlima Bung Mokthar Radin  pada konvensyen Barisan Nasional Sabah di ITCC adalah  merupakan pandangan peribadi semata-mata dan tidak mewakili kenyataan pihak kepimpinan parti” jelasnya.

Dalam soal pemindahan lapangan terbang ke Kimanis Robert berkata, Kerajaan Negeri telahpun membuat kajian terperinci mengenai hal pemindahan lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu ke Kimanis melalui Qzanah Sabah dan didapati terdapat lebih kelebihan serta manafaat dalam jangka masa pendek dan panjang kepada Sabah daripada kemudaratan.

Tambahnya, Kerajaan Sabah merupakan kerajaan yang perihatin kepada rakyat .

Menurut Robert, pemindahan lapangan terbang ke Kimanis akan melonjakkan dan merancakkan  ekonomi Sabah kerana Kimanis berdekatan dengan sempadan Kalimantan di mana di Ibu Kota Indonesia akan berpindah ke Kalimantan. 

Robert  juga memberi keyakinan bahawa Parti StarSabah mementingkan keharmonian dan kemuafakatan dalam kerajaan GRS-BN dimana beliau menyatakan tidak ada perbalahan yang serious didalam kerajaan GRS-BN dalam menempuh PRU- 15 yang akan datang ini.

Beliau juga yakin bahawa kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor selaku Pengerusi GRS akan dapat mengekalkan permuafakatan  GRS-BN sebagai persediaan menghadapi PRU-15.

Dan juga yakin bahawa Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar Radin  mampu melakukan tindakan yang bijak demi untuk kestabilan politik di Sabah dan Persekutuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN