33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Hotel Tiara Labuan  terima sijil pengiktirafan  lima bintang

GAMBAR: GEMBIRA… Chai (peggang sijil) bersama staff Hotel Tiara Labuan  ceria sambil menunjukkan lima jari simbolik kejayaan hotel  status lima bintang sambil diperhatikan Gidien (enam dari kanan) 

LABUAN: Hotel Tiara Labuan mendapat pengiktirafan sebagai pusat penginapan    kategori resort  berstatus lima bintang.

Sijil pengiktirafan  lima bintang itu disampaikan oleh Pegawai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Wilayah Persekutuan Labuan, Gidien Dayos kepada  Pengarah Urusan Hotel Tiara Labuan, Chai Tze Khee dalam satu majlis ringkas yang diadakan di hotel berkenaan baru baru ini.

Gidien ketika ditemui media berkata,  pengiktirafan hotel lima bintang itu secara tidak langsung membantu  meningkatkan industri  pelancongan di pulau ini.

Sementara itu, Chai Tze Khee, berkata kejayaan itu adalah hasil usaha keras yang diberikan oleh warga kerja Hotel Tiara Labuan dalam menguruskan hotel tersebut.

Dalam majlis yang berasingan, pihak MOTAC Labuan juga turut menyerahkan  sijil pengggredan  tiga bintang kategori hotel bandar kepada AZ Hotel dan Hotel Avenue, manakala hotel  Melati Inn menerima sijil penggredan Orkid dua bintang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN