30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Hospital Keningau terima sumbangan pemadam api

Robert (tengah) menyampaikan bahan pemadam api kepada Sajurin.

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin memberi sumbangan 45 buah bahan pemadam api untuk Hospital Daerah Keningau.

Sumbangan bahan pemadam api tersebut adalah bagi menggantikan pemadam api sedia ada yang melebihi jangka hayat sepuluh tahun.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor menyampaikan pemadam api itu kepada Penolong Pegawai Perubatan Kanan Hospital Daerah Keningau Sajurin Sahaimi di Pejabat ADUN Bingkor baru-baru ini.

ADUN Bingkor itu berkata, beliau bukan sahaja membantu penduduk di kawasanya tetapi juga kepada jabatan dan agensi yang berkait rapat dengan masyarakat seperti hospital dan sebagainya.

“Inilah tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN