KENANGAN…Para peserta merakam gambar selepas kejohanan.
RANAU: Disiplin diri serta hayunan tangan yang konsisten membawa tuah kepada Hilary Salmeon untuk muncul juara kategori Gross meraih 40 pukulan pada kejohanan Golf Hari Malaysia peringkat Kg.Matan di Padang Ranau Golf Country Club (RGCC) di sini pada Sabtu.
Naib johan disandang oleh, Jupiri Titin (43 pukulan) diikuti Salmoen @Eskeel (44 pukulan) dan David Dunggi (46 pukulan) menduduki tempat keempat.
Johan bagi kategori Net(A) diberikan kepada Danel Agus Salmoen (30), diikuti Mohd.Dulazri Mahmud (33), Alley A.Saili (34), tempat ketiga meletakkan Adrian Martin (30) di tempat keempat. Bagi kategori Net(B) diungguli Derry Jumin meraih 40 pukulan diikuti naib joha n, Jerry Sariman (48) disusuli Colley Salmaon dengan (49) berkungsi mata dengan Primus Gahun juga(49 pukulan).
Sementara itu, Ellyrex Jipli mengungguli Wooden Spoon.
Semua hadiah telah disampaikan Presiden RGCC, Salmoen Sualim. Pengerusi Penganjur kejohanan, Supidi Bin Sallehen ketika ditemui, merakam penghargaan dan terima kasih kepada para peserta kejohanan Golf itu sebagai antara usaha merayakan sambutan Hari Malaysia setiap tahun.
“Kejohanan tahunan ini adalah antara aktiviti bagi menyamarakkan lagi sambutan Hari Malaysia dan kalah atau menang itu perkara biasa dalam apa juga bentuk kejohanan yang lebih berfokus kepada kearah perpaduan dan persaudaraan tanpa membezakan dari segi agama, kaum mahupun fahaman politik”, tambah Supidih.