22 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Harun sumbang empat ekor lembu untuk korban

SAMPAIKAN… Abdul Majit (dua dari kanan) menyampaikan wang sedekah dan Lembu Korban dari Harun untuk Masjid Nurul Hidayah Kampung Kerasik yang diterima oleh Pengerusinya Haji Naim.

PITAS: Sempena Hari Raya Korban atau Aidiladha minggu lalu,Pegarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Oil dan Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) Datuk Haji Harun Haji Ismail menyumbangkan empat ekor lembu untuk diagihkan kepada penduduk di sini.

Harun yang juga Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) dan Timbalan Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Pitas telah menyumbang lembu-lembu itu untuk empat buah kampung tahun ini.

Lembu lembu tersebut diagihkan ke Kampung Talaga, Kampung Kerasik, Salimpodon Laut dan Kampung Marasin Sim kesemua sumbangan di sampaikan kepada Pengerusi Masjid masing-masing dan hanya Kampung Talaga sahaja melalui SMK Talaga Pitas.

Sumbangan tersebut telah disempurnakan penyampaiannya melalui Pegawai Khas Datuk Harun, Abdul Majit Tarip@Man ditempat yang berasingan sebelum dan selepas Ibadah Solat Sunat Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

UNTUK MASYARAKAT… Daging lembu korban di SMK Talaga Pitas turut diagihkan untuk masyarakat setempat.

Dalam kesempatan bersama Datuk Haji Harun pagi kelmarin di Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Pinggan-Pinggan Pitas dekat sini beliau berkata sumbangan lembu untuk Ibadah Korban tersebut setiap tahun dibuat selagi termampu dan ianya diberikan mengikut sasaran yang memerlukan.

Beliau berkata adalah menjadi kewajiban mereka yang berkemampuan untuk melakukan ibadat korban.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN