24 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hari Natal Sinar Bahagia Penerima Rumah SMJ

SMJ…Arifin menyampaikan replika kunci Rumah SMJ kepada Jetrin (dua dari kanan).

MEMBAKUT:    Sambutan Hari Natal pada tahun ini membawa sinar kebahagiaan buat pemandu lori, Jetrin Akang, 39, apabila dipilih sebagai penerima Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).


Dia dan isteri, Lorina Lawrence, 35, serta dua anak yang sebelum ini tinggal sebumbung dengan lima keluarga lain di rumah ibu bapa, kini dapat menjalani kehidupan lebih selesa di rumah sendiri.”Sekarang saya senang hati sebab selama ini tinggal sama orang tua, satu rumah tu ada lima keluarga tidak selesa. 


“Jadi, bila dapat rumah ini saya sangat bersyukur, terima kasih kepada kerajaan kepada Ketua Menteri, Datuk juga dan semualah yang terlibat,” ujarnya kepada media selepas menerima replika kunci Rumah SMJ daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif di Kg Bandau, pada Rabu.


Terdahulu, warga emas, Unsiu Kusingan di Kg Kayai juga melahirkan rasa kesyukuran dan menganggap Rumah SMJ yang menggantikan rumah usang yang didiami lebih 40 tahun lalu sebagai hadiah Hari Natal tahun ini. 

“Saya bersyukurlah dapat rumah ini yang selesa untuk anak-anak dan cucu. Rumah lama itu sudah usang sudah lebih 40 tahun,” jelasnya ketika dikunjungi Arifin sambil menyerahkan replika kunci Rumah SMJ.

Turut menerima Rumah SMJ ialah warga emas, Innting Kalingan di Kg Poring Maragang yang juga meraikan perayaan Hari Natal.Dalam pada itu, Arifin yang ditemui media turut berkongsi berita gembira iaitu 40 buah Rumah SMJ diluluskan untuk warga Membakut pada tahun depan.


“SMJ yang menjadi ilham Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan kita rakyat di Membakut ini amat bersyukur kerana dapat dibantu.


“Pada tahun ini 20 buah rumah, tahun sebelumnya pun 20 buah rumah tetapi pada tahun hadapan, Ketua Menteri sudah mengumumkan 40 buah rumah.


“Jadi, kita sudah menyenaraikan senarai-senarai yang memohon dan akan dibincang di peringkat pejabat daerah oleh pegawai daerah kita dalam focus group,” jelasnya yang diiringi Pegawai Daerah, Ibrahim Terki. -PENERANGAN-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN