Hari kedua pencarian mangsa hilang, operasi SAR temui jalan buntu.

Hari kedua pencarian mangsa hilang, operasi SAR temui jalan buntu.

28/01/2020 0 By admin

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang dalam ladang kelapa sawit dekat Kg.Kirokot di sini sejak Jumaat lepas belum dijumpai selepas masuk hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib, operasi pencarian telah diluaskan sehingga 15 kilometer meliputi kawasan sungai, ladang sawit dan hutan simpan Ulu Sugut.

Katanya, operasi SAR yang disambung jam7 pagi tadi, disertai PDRM, Angkatan Pertahanan Awam (APM), RELA, Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) dan orang kampung, menemui jalan buntu berikutan tiada sebarang pentunjuk baru diperolehi.

RIDWAN MOHD TAIB, KBBP RANAU

“Operasi SAR telah ditangguhkan sekali lagi pada jam5 petang disebabkan keadaan semakin gelap dan akan disambung pagi esok,” katanya kepada media petang tadi.

Dalam kejadian Jumaat lepas, seorang remaja lelaki berumur 19 tahun dikenali sebagai Atliano Brandon Frederick, dari Kg. Poring dikhuatiri hilang dalam kawasan ladang kelapa sawit di Kg.Kirokot, 40 kilometer dari pekan Ranau.

Menurut BBP Ranau, mangsa dikatakan memasuki ladang sawit tersebut bersama tiga rakan lain pada 24 Januari lalu untuk tujuan menombak buah sawit sebelum dilaporkan hilang pada keesokannya (Jumaat). –TAMAT